KL CHRONICLE: @weekasiongmp tidak terperanjat Dr. Mahathir bekerjasama dengan pembangkang #KekalNajib #RespectMyPM

Sunday, March 6, 2016

@weekasiongmp tidak terperanjat Dr. Mahathir bekerjasama dengan pembangkang #KekalNajib #RespectMyPM


Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong akui tidak terperanjat dengan tindakan mantan Presiden UMNO dan Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad yang sanggup bekerjasama dengan pihak pembangkang, terutamanya DAP dan PKR untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah dipilih oleh rakyat pada PRU - 13 yang lepas. 

Memetik ucapan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, kenyataan ini berdasarkan pemerhatian Datuk Seri Dr Wee Ka Siong terhadap tindak-tanduk Dr. Mahathir sebelum ini yang lantang mengkritik kepimpinan sedia ada.


"Sebelum ini pun beliau tidak setuju dengan Pak Lah (perdana menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi) sehingga mengutuknya dan keluar parti. Kali ini dengan Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) pula. Saya tidak terperanjat.

"Apa sekalipun, kita kena hormati keputusannya. Kita kena lihat perkara ini dari sudut bagaimana Barisan Nasional (BN) perlu menghadapi apa-apa impak selepas ini dan terus bergerak ke hadapan demi pembangunan dan agenda rakyat," katanya.

Bagi kami di #KLChronicle, pemerhatian Datuk Seri Dr Wee Ka Siong ada benarnya. Sebagai seorang pemain politik "veteran" dan Timbalan Presiden parti komponen kedua terbesar didalam Barisan Nasional sudah pastinya tindakan Dr. Mahathir ini tidak mengejutkan MCA. Ini kerana, MCA sendiri pernah terlibat dalam krisis kepimpinan sebelum ini yang telah menyaksikan perpecahan didalam parti. 

Namun, akhirnya setelah kepimpinan MCA diambil alih oleh Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, ahli MCA telah kembali merapatkan saf dan kini bekerja siang dan malam demi kesejahteraan rakyat. Malah, MCA kini dilihat sudah  bersedia menghadapi pilihan raya yang akan datang. Kami di #KLChronicle juga sudah menerbitkan beberapa artikel yang menunjukkan bilik - bilik operasi dan gerakan PIlihanraya MCA telah dilancarkan dan mereka juga telah mula kerja - kerja "on the ground".

Sama juga dengan UMNO, apa yang dilakukan oleh Dr. Mahathir Mohamad sudah semestinya memberikan sedikit impak kepada parti. Namun, jika dilihat dalam situasi semasa, Presiden Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak juga mendapat sokongan penuh parti. Ini dapat dibuktikan apabila semua pemimpin kanan parti mengeluarkan kenyataan membidas tindakan tidak bertanggungjawab Dr. Mahathir Mohamad dan menzahirkan sokongan kepada Presiden. 

Konklusinya, apa yang dilakukan oleh Dr. Mahathir Mohamad sebenarnya telah membuka mata ramai pihak dan kini ahli UMNO serta parti komponen lebih bersatu padu untuk mempertahankan kerajaan BN yang dipilih oleh rakyat dari jatuh ke tangan Dr. Mahathir dan konco - konco beliau dari pihak pembangkang.!

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget