KL CHRONICLE: Tan Sri Annuar Musa dedah agenda jijik Dr. Mahathir

Thursday, March 10, 2016

Tan Sri Annuar Musa dedah agenda jijik Dr. Mahathir



Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata Tun Dr Mahathir Mohamad sanggup melakukan apa sahaja termasuk mempergunakan orang lain demi mencapai agenda politik peribadinya.

Annuar berkata bekas perdana menteri itu merupakan seorang strategis dan sepanjang karier politiknya, matlamatnya sentiasa menghalalkan cara.


"Beliau seorang strategis. Kita perlu lihat beberapa langkah ke hadapan termasuk apa yang telah dilakukan baru-baru ini (Deklarasi Mahathir yang bertujuan menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak).

"Bagi Dr Mahathir, (apabila bersekongkol dengan pembangkang), matlamat menghalalkan cara dan beliau sangat cekap dalam menggunakan orang lain demi merealisasikan impiannya," kata Annuar ketika menjadi tetamu program 'Soal Jawab' di TV3, Sri Pentas, hari ini.

Annuar yang juga Anggota Parlimen Ketereh berkata permainan politik itu juga dapat dilihat sepanjang beliau (Dr Mahathir) memimpin negara ini sebagai perdana menteri ke-4.

"Ada satu waktu, beliau tidak suka kepada Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li kerana sebab tertentu. Bayangkan, Ku Li, orang yang bina PWTC (Pusat Dagangan Dunia Putra), urus perbelanjaan parti, juga Naib Presiden (ketika itu) tetapi Mahathir tidak suka caranya.

"Oleh kerana beliau tidak mahu mengambil Ku Li, maka atas kepintaran politiknya, jawatan itu dipertandingkan dan secara langsung dia beri sokongan kepada (Datuk Seri) Musa Hitam (kini Tun) untuk mengalahkan Ku Li," katanya.

Annuar mendakwa, namun selepas Dr Mahathir tidak selesa dengan pengaruh Musa, beliau mula mempergunakan Tun Ghafar Baba menyingkirkan Musa.

Namun selepas itu, Dr Mahathir berpaling tadah lagi dan memberi sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga memenangi jawatan menjadi timbalan presiden UMNO dengan menyingkirkan Ghafar.

"Apabila perjalanan politik Anwar menjadi kuat malah membina kekuatannya sendiri yang akhirnya menimbulkan lagi kebimbangan, maka Dr Mahathir sekali lagi menggunakan strategi dan permainan yang sama untuk menyingkirkan Anwar,"
katanya.

Annuar berkata Dr Mahathir kemudian sekali lagi mempergunakan Tun Abdullah Ahmad Badawi atau Pak Lah yang merupakan anak jati Pulau Pinang untuk menjadi Timbalan Presiden UMNO yang seterusnya menjadi Perdana Menteri.

"Usaha itu dengan harapan kuasa masih di tangan Dr Mahathir sehingga di saat beliau tidak menyukai Paklah, Datuk Seri Najib pula digunakan.

Dan terkini, beliau menggunakan Tan Sri Muhyiddin Yassin pula untuk mengatur segalanya bagi memastikan usaha beliau menjatuhkan Najib berjalan lancar.

"Memandangkan usaha tersebut gagal, Dr Mahathir menjelmakan pula Deklarasi Rakyat (Jumaat lepas). Malah beliau sanggup bekerjasama dengan pembangkang setelah tidak mendapat sokongan dari UMNO sendiri termasuk dalam isu pemecatan anaknya, (Datuk Seri) Mukhriz," dakwanya.

Annuar berkata apa yang dilakukan Mahathir itu jelas tidak melambangkan perjuangannya dalam parti tetapi lebih kepada dendam, kepentingan dan agenda peribadi. - BERNAMA

2 comments:

Md Zuki Nanyan said...

Entah lah, siapa sebenarnya yg jijik & siapa sebenarnya yang berlakon baik, PRU14 sudah x lama
jika umur panjang kita akan tengok, takdir akan menentukan segalanya, insyaallah, tetapi bagi aku, pemimpin kena pasti dirinya baik x semestinya maksum, lebih2 lagi bagi kita orang Melayu Islam Agama rasmi Malaysia.

Ali said...

Aku dah tentu undi DAP... Bg melayu buat apa perangai mcm haramjadah.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget