KL CHRONICLE: Senarai Biasiswa Dalam dan Luar Negeri untuk lepasan SPM 2015 #SPM2015

Tuesday, March 1, 2016

Senarai Biasiswa Dalam dan Luar Negeri untuk lepasan SPM 2015 #SPM2015

 
 
BIASISWA DALAM DAN LUAR NEGERI UNTUK LEPASAN SPM 2015

Biasiswa Maybank, Telekom Malaysia dan Yayasan Khazanah telah dibuka.

Tarikh tutup setiap permohonan adalah seperti berikut:

Telekom Malaysia: 11 March 2016
Maybank: 20 March 2016
Khazanah: 25 April 2016

Penajaan adalah untuk lepasan SPM 2015 bagi program dalam negara dan luar negara:

Maybank:
Universiti Tempatan dan Luar Negeri (UK/AUS):
Perakaunan, Kewangan, Pengurusan, Pemasaran, IT, Ekonomi, Perbankan, Aktuari, Matematik, Sumber Manusia, Psikologi, Perniagaan, Undang-undang, Statistik, Pelaburan, Pengurusan Risiko, Kejuruteraan.
 

 
Telekom Malaysia:
Universiti Tempatan dan Luar Negeri: (UK, AUS, France, Germany, S. Korea):
Kejuruteraan
Teknologi Maklumat/Multimedia
Pengurusan
Elektrik
Sains Komputer
Pemasaran
Komunikasi
Teknologi Maklumat
Ekonomi
Mechatronik
Sistem Jaringan dan Keselamatan
Statistik
Komputer
Analisis Data
Sains Aktuari
Programming dan Software
Multimedia dan Kreatif
Seni Layar

Yayasan Khazanah-Watan:
Universiti Tempatan Sahaja:
Engineering
Business
Medic

BIASISWA YAYASAN TM

BIASISWA MAYBANK

BIASISWA
YAYASAN KHAZANAH WATAN

BIASISWA YAYASAN TENAGA NASIONAL

BIASISWA MUDAJAYA

PENAJAAN PELAJAR PERUBATAN


PENGUMUMAN MODEL BAHARU PENAJAAN JPA  
Kerajaan telah bersetuju dengan Model Baharu Penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) seperti butiran berikut:

Program-program Penajaan JPA bagi tahun 2016 ialah:
a. Program Penajaan Nasional (PPN);
b. Program Khas Kejuruteraan;
c. Program Ijazah Dalam Negara; dan
d. Program Lepasan Bursary di Institusi Pengajian Tinggi dalam Negara.

Semua penajaan baru JPA mulai tahun 2016 adalah dalam bentuk pinjaman boleh ubah dengan mekanisme perjanjian pinjaman seperti berikut:

a) Pinjaman boleh diubah kepada biasiswa dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya graduan berkhidmat dalam perkhidmatan awam;

b) Graduan dikehendaki membayar balik 50% daripada jumlah pinjaman sekiranya memilih untuk bekerja dengan syarikat berkaitan Kerajaan (GLC); dan

c) Graduan dikehendaki membayar balik jumlah keseluruhan pinjaman sekiranya memilih untuk tidak berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam atau GLC.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget