KL CHRONICLE: Pendedahan Terkini Cara Pembuatan Nugget di kilang pembekal McDonald's Malaysia

Wednesday, March 16, 2016

Pendedahan Terkini Cara Pembuatan Nugget di kilang pembekal McDonald's Malaysia

Penyediaan Nugget di MacFood Services (M) Sdn Bhd
Malam ini kami di #KLChronicle telah mengambil keputusan untuk tidak menulis hal berkaitan politik tetapi "berubah angin" sedikit dengan menceritakan tentang cara pembuatan nugget di kilang pembekal McDonald's Malaysia. Keputusan yang diambil oleh kumpulan editorial #KLChronicle ini adalah kerana kami ini menyangkal fitnah beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab kononnya nugget McDonald's Malaysia diperbuat daripada bahan yang tidak sihat seperti usus, pedal dan sedikit isi yang tidak digunakan lagi lalu diproses menjadi nugget.

Hasil dari siasatan kami, kami mendapati cara pembuatan nugget di kilang pembekal McDonald's Malaysia sebenarnya adalah antara yang terbersih dan terbaik pernah kami lihat selama ini. Bagi mereka yang tidak tahu, pembekal utama makanan yang disediakan di McDonald's Malaysia adalah MacFood Services dimana kami pernah menulis tentang MacFood Services (M) Sdn. Bhd. ini disini:



#TahukahAnda Cara Pengedaran & Pemprosesan Makanan McDonald's Malaysia ? - See more at: http://thekl-chronicle.blogspot.my/2016/01/tahukahanda-cara-pengedaran-pemprosesan.html#sthash.z08fQJhS.dpuf

Sebelum kami menceritakan dengan terperinci tentang cara penyediaan nugget di McDonald's Malaysia, ingin kami tegaskan bahawa McDonald's Malaysia adalah premis yang Halal dan telah disahkan oleh JAKIM. Kembali kepada proses pembuatan nugget, salah seorang editor kami di #KLChronicle telah diberi kesempatan untuk melawat ke kilang pemprosesan MacFood Services (M) Sdn Bhd dan beliau telah diberi taklimat tentang cara pembuatan nugget yang sebenar bagi McDonald's Malaysia iaitu:

Nugget diperbuat dari ayam yang berkualiti dan segar
  1. Daging ayam yang berkualiti dan segar digunakan sebagi sumber. 
  2. Daging ayam yang berkualiti dan segar ini kemudian dihancurkan menggunakan mesin yang khas untuk mendapatkan isi nugget.
  3. Isi nugget ini kemudian dibungkus dan diedarkan kepada restoran McDonald's Malaysia. 

Daging ayam yang segar dan berkualiti dihancurkan 
Nugget yang telah siap dibungkus untuk diedarkan

Lagi satu maklumat menarik yang ingin kami kongsikan adalah tentang peraturan yang perlu dilalui oleh semua kakitangan dan pelawat ke MacFood Services (M) Sdn. Bhd. Antara peraturan ketat yang pekerja serta pelawat perlu ikut adalah:

Kebersihan nugget dijaga dengan rapi di MacFood Services (M) Sdn Bhd
  1. Pemeriksaan kesihatan dimana suhu badan pelawat tidak boleh lebih dari 37.5 darjah Celsius. 
  2. Pelawat perlu mendengar taklimat khas oleh pengurusan kilang MacFood Services (M) Sdn Bhd. 
  3. Logam, pen, alat komunikasi tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam kilang


Secara konklusinya, kami di #KLChronicle berpendapat peraturan serta proses pembuatan nugget McDonald's Malaysia adalah sangat baik dan kebersihanya adalah terjamin. Oleh itu, kami berharap usahlah pembaca - pembaca setia kami di #KLChronicle mempercayai fitnah yang dibawa oleh pihak - pihak tidak bertanggungjawab bahawa nugget McDonald's Malaysia diperbuat dari  usus, pedal dan sedikit isi yang tidak digunakan kerana ini adalah TIDAK BENAR sama sekali.




No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget