KL CHRONICLE: @Officialiium @DrMizanHitam Sila Ambil Tindakan Terhadap Irzal Kamal & @syedsaddiq

Tuesday, March 15, 2016

@Officialiium @DrMizanHitam Sila Ambil Tindakan Terhadap Irzal Kamal & @syedsaddiq

Syed  Saddiq merupakan pelajar di Universiti Islam Antarabangsa
Kami di #KLChronicle ingin meluahkan rasa kecewa kami terhadap pihak pengurusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar) UIAM Profesor Datuk Dr. Mizan Bin Hitam kerana telah GAGAL mengambil tindakan terhadap Pegawai Pengiring @syedsaddiq ketika program United  Asian Debating Championship (UADC) di Makati City, Manila.


Dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh Profesor Datuk Dr. Mizan Bin Hitam, beliau tidak memberikan sebarang tindakan akan diambil sama ada terhadap pegawai pengiring Syed Saddiq mahupun Syed Saddiq himself kerana telah melanggar garis panduan university. Dalam kenyataan yang dikeluarkan, telah terbukti bahawa Syed Saddiq sepatutnya meninggalkan majlis setelah pengumuman keputusan pertandingan diumumkan namun beliau tidak melakukan begitu.
Persoalannya, walaupun tahu apa yang dilakukan oleh pengiring serta Syed Saddiq telah melanggar garis panduan university, pihak university dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan tidak mengambil tindakan sehingga beberapa rakyat yang prihatin telah melakukan siasatan mereka sendiri dan mendapati Syed Saddiq telah menggunakan peluang ketika berada di luar Negara dengan wang dibayar rakyat untuk bersuka ria. Adakah tindakan ini wajar?
Kami berharap UIAM janganlah memberi "preferential treatment" kepada pegawai pengiring mahupun Syed Saddiq dalam skandal ini. Syed Saddiq serta pegawai pengiring beliau telah memalukan pihak UIA dan juga Negara ini dengan tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab. Apa pendapat pembaca?


No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget