KL CHRONICLE: @MyRapidKL Mohon Maaf Atas Gangguan Perkhidmatan LRT Laluan Sri Petaling

Thursday, March 31, 2016

@MyRapidKL Mohon Maaf Atas Gangguan Perkhidmatan LRT Laluan Sri Petaling


KUALA LUMPUR, 31 Mac - Rapid Rail Sdn Bhd pengendali perkhidmatan sistem transit aliran ringan LRT Laluan Sri Petaling ingin memohon maaf kepada pengguna yang mengalami kesulitan akibat pemberhentian sementara perkhidmatan LRT di antara stesen Chan Sow Lin dan Sri Petaling.




Gangguan yang berlaku pada lewat petang tadi adalah berpunca daripada salah satu tren mengalami masalah teknikal. Pihak Rapid Rail giat menunda tren yang rosak ke trek simpanan. Bagi menjamin keselamatan pengguna, pihak Rapid Rail terpaksa menghentikan perkhidmatan LRT di stesen berkenaan.

"Rapid KL telah menyediakan perkhidmatan bas sementara  bagi mengangkut pengguna yang terkandas selain menggalakan penumpang menggunakan altenatif lain", menurut En Lim Jin Aun, Ketua Komunikasi Kumpulan dan Pemasaran Strategik Prasarana Malaysia Berhad.

"Kami jangkakan operasi akan pulih sepenuhnya lewat malam ini. Sila rujuk saluran media sosial kami untuk mengetahui status terkini", tambah Lim lagi.

- tamat -
Prasarana Malaysia Berhad

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget