KL CHRONICLE: Menteri : UBER mesti terima lesen, baru boleh beroperasi @SPADChannel

Monday, March 21, 2016

Menteri : UBER mesti terima lesen, baru boleh beroperasi @SPADChannel




Kami di #KLChronicle terpanggil untuk berkongsi dengan pembaca kami berkaitan isu UBER yang hangat diperkatakan selama ini. Umum ketahui bahawa UBER merupakan satu perkhidmatan teksi yang popular namun salah disisi undang - undang negara. 



Malah, perkara ini telah beberapa kali diberitahu oleh kerajaan namun masih ramai yang menggunakan perkhidmatan haram ini. Untuk pengetahuan pembaca dan memetik kata-kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nancy Shukri:

"Mana-mana kenderaan peribadi yang digunakan untuk mengambil pelanggan adalah tidak sah di bawah Seksyen 16, Akta Suruhanjaya 2010 Pengangkutan Awam Darat (SPAD)"

Undang-undang negara ini jelas bahawa kenderaan peribadi tidak boleh digunakan untuk mengambil penumpang. Tapi persoalannya mengapa masih ada rakyat Malaysia yang sanggup melanggar undang - undang?

Bukan itu sahaja, bila ada perkhidmatan haram seperti UBER, pendapatan teksi yang sah dan mempunyai lesen terjejas dan akhirnya pemandu teksi menyalahkan SPAD kerana kononnya tidak ada operasi dan penguatkuasaan. 

Memetik kata - kata menteri: 

"Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan terus mengambil tindakan penguatkuasaan seperti mengeluarkan saman dan menyita mana-mana kenderaan yang melanggar syarat pelesenan"

Malah bagi mereka yang rajin membaca blog ini sudah pastinya tahu SPAD menjalankan berpuluh operasi setiap tahun bagi menangkap mereka yang menyalahi undang - undang. Tapi jika rakyat berterusan menggunakan UBER henti lah sikap suka menyalahkan kerajaan jika ada sesuatu yang buruk terjadi. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget