KL CHRONICLE: @madiazmadi : Baru Tujuh Tahun, Bro #KekalNajib

Friday, March 18, 2016

@madiazmadi : Baru Tujuh Tahun, Bro #KekalNajib


Penulisan ini agak panjang. Jika anda tergolong dalam golongan yang malas membaca dan tidak meraikan perbezaan pendapat atau suka mengeluarkan komen ‘macai’ dan ‘pemakan dedak’, cukuplah bacaan anda sampai di sini.

Saya semakin jelak membaca komen-komen jelik sebilangan dari kita di media sosial yang membuat perbandingan tentang pembangunan dan kemajuan yang di bawa Dr. Mahathir dan Najib termasuklah dengan membawa kisah “tanpa Mahathir, tidak akan ada KLCC, KLIA, lebuhraya PLUS, LRT dan bermacam-macam lagi pembangunan yang ada di Malaysia. Semuanya adalah hasil kebijaksanaan beliau. Najib hanya menyusahkan rakyat”.
 


 
Dr. Mahathir mentadbir Malaysia selama 22 tahun. Benar, semua yang disebutkan di atas berlaku pada zaman Dr. Mahathir. Saya tidak akan menafikan perkara tersebut. Terlalu banyak kemajuan yang telah dibawa dan saya bersyukur kerana negara ini dikurniakan seorang pemimpin yang hebat seperti beliau.

Hakikat menjadi seorang ketua pentadbir negara sememangnya untuk membawa negara maju kehadapan. Lebuhraya PLUS mula beroperasi pada tahun 1994, 13 tahun selepas Dr. Mahathir mengambil alih pentadbiran negara. 16 tahun diperlukan Dr. Mahathir untuk menjadikan LRT dan KLCC suatu kenyataan apabila siap sepenuhnya pada tahun 1997. Manakala KLIA pula dirasmikan pada tahun 1998. Jelas di sini, segala bentuk pembangunan yang di bawa Dr. Mahathir memerlukan suatu tempoh masa, bukan sekejap, bukan sekelip mata, tetapi memakan masa bertahun.

Itu kisah Dr. Mahathir. Bagaimana dengan Najib? Jawapan saya mudah, jika mereka itu tidak buta mata mungkin mereka itu buta hati. Bencilah Najib itu sepenuh hati sekalipun, tapi jangan sesekali menafikan realiti.

Di bawah pentadbiran Najib telah siap dibina 10 buah Urban Transformation Centre (UTC), yang membolehkan kita semua berurusan dengan pelbagai jabatan kerajaan selepas waktu bekerja dan hujung minggu di bawah satu bumbung. Ada beberapa lagi UTC akan menyusul selepas ini.

Jika anda mengalami sakit yang tidak kritikal seperti demam atau batuk, terdapat 195 buah Klinik 1Malaysia bagi anda mendapatkan rawatan di seluruh negara. Anda sangat bertuah jika majikan menyediakan klinik panel. Tetapi bagi rakyat di luar bandar atau tinggal di PPR, ini adalah kemudahan bagi mereka. Beberapa buah lagi dijangka mula beroperasi pada tahun ini. Masih mahu menafikan realiti?

Beberapa tempat di Lembah Klang ketika ini berlaku kesesakan akibat dari pembinaan MRT dan LRT. Ya, MRT dan LRT itu adalah hasil pentadbiran Najib. Belum nampak hasilnya lagi kerana kedua-duanya hanya akan siap pada tahun 2017 dan 2020. Kalau diizinkan Tuhan, usia pentadbiran Najib pada 2020 hanyalah 11 tahun.

Saya masih teringat sejurus selepas pembentangan Bajet 2011 yang mana Najib mengumumkan pembinaan Menara Warisan Merdeka 100 tingkat, bergempita satu bumi Malaysia membantah cadangan tersebut. Dan sekarang mereka ini jugalah yang menggunakan hujah “Najib tidak buat apa-apa”. Syukur nikmat Tuhan, menara ini diteruskan pembinaannya dengan nama baru PNB118 yang dijangka siap pada tahun 2019.

Dan jangan sesekali kita nafikan projek Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah dan Sarawak sepanjang 2,325km melibatkan 10 kluster pembinaan. 2.5 kali ganda panjang keseluruha lebuhraya PLUS. Tidak nampak lagi, hanya akan siap pada tahun 2023. Sekali lagi saya katakan, ianya pelan di bawah pentadbiran Najib.

Najib is not perfect. There are hiccups here and there in his administration. But to say he did nothing good for the country, is a hilarious lie. That would be ultimately unfair. And you know what? Rome wasn’t built in a day. Kesimpulannya, terima kasih kepada Dr. Mahathir di atas jasa beliau dan kepada mereka yang cuba menafikan realiti, mohon bawa bertenang. Najib jadi PM baru tujuh tahun, bro.

- Mohamed Azmadi

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget