KL CHRONICLE: Geng Masjid Menjawab Kenyataan Bingai @SyedSaddiq #Palladium

Saturday, March 19, 2016

Geng Masjid Menjawab Kenyataan Bingai @SyedSaddiq #Palladium


1. Geng Clubbing Challenger. Terkejut dengan isu Rasuah LGE. Ketika isu ini berlaku Syed Clubbing dan pasukannya terkapai-kapai untuk menjawab isu. Mereka yang kononnya pejuang basmi rasuah mati akal tiba-tiba mentor DAP mereka LGE terlibat rasuah yang boleh dikaitkan dengan Seksyen 165 Kanun Keseksaan. 



2. Kenyataan media mereka mahukan YB Shahbuddin kemuka bukti. Bodohnya Geng Kaki Clubbing Challenger ini betapa mereka dangkal isu ini. Isu yang sudah dilapor sejak 2009 ini gagal difahami mereka. Bezanya LGE dulu menggunakan hak keistimewaanya untuk menyewa rumah berbanding sekarang yang membeli rumah. SPRM melalui kenyataan medianya pada 18 Mac 2016 membuka siasatan kes LGE sudah cukup jelas. "Siasatan SPRM sebelum ini hanya berkaitan penyewaan rumah berkenaan dan bukan pembelian".

3. Apabila kes diserahkan kepada SPRM maka perlulah SPRM menyiasatnya. Bukti-bukti laporan juga telah dikemukakan dalam laporan polis dan SPRM. Cabaran Lim Guan Eng kepada YB Shahbudin dan sesiapa sahaja sudah tidak berguna lagi. Ia semua bawah SPRM.

4. Sepatutnya Geng Kaki Clubbing Challenger yang sudah mengetahui pengakuan Lim Guan Eng bahawa urus niaga jual beli rumahnya dibuat secara rela hati", pada harga yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak; 'willing buyer willing seller' tanpa sebarang paksaan atau tekanan adalah satu Pengakuan Eksklusif LGE yang boleh dikaitkan dengan Seksyen 165 Kanun Keseksaan sebagaimana pertuduhan kepada Kes pembelian rumah Dato' Seri Mohd Khir Toyo.

5. Perkara 165 Kanun Keseksaan tidak memerlukan sebarang bukti berlaku unsur rasuah Ia hanya perlu membuktikan seorang penjawat awam mendapat sesuatu barangan dengan balasan tidak mencukupi dari seseorang yang mempunyai hubungan rasmi. 

6. Adalah jelas dalam kes ini  Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang penjawat awam yang mempunyai hubungan istimewa dengan Ms Phang Li Koon ahli perniagaan yang menyewakan rumahnya kemudian menjualnya kepada Lim Guan Eng dengan harga yang murah tidak masuk akal.apakah ini satu balasan kepada Ms Phang yang dikaitkan dengan projek penjualan tanah di Jalan Zainal Abidin, George Town kepada satu syarikat KLIDC untuk pembinaan hotel dan hospital pada 2012?

7. Malah Ms Phang yang juga AJK 
Penang Chinese Chamber of Commerce ( PCCC) adalah sepupu kepada Pee Boon Poh Exco Terkaya di Pulau Pinang 
dikatakan mendapat projek asrama pekerja asing di Batu Kawan.

8. Sepatutnya Geng Kaki Clubbing Challenger mendesak SPRM agar menyiasat segera Lim Guan Eng sebagaimana Kes Khir Toyo di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.   "special discounted deal" dan hubungan istimewa Ms Phang dengan LGE. 

Kenyataan Media Geng Kaki Masjid Kebangsaan

19 Mac 2016

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget