KL CHRONICLE: DS @weekasiongmp bidas sifat hipokrit pembangkang #SaveMalaysia

Tuesday, March 15, 2016

DS @weekasiongmp bidas sifat hipokrit pembangkang #SaveMalaysia



Timbalan Presiden MCA , Datuk Seri Wee Ka Siong membidas sikap hipokrit pihak pembangkang yang tidak dapat membuat keputusan sama ada hendak:



1. Bekerjasama dengan Dr. Mahathir untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atau;

2. Bekerjsama dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memajukan Malaysia bersama - sama 

Pendirian pihak pembangkang ini hanya mengelirukan rakyat dan membuktikan bahawa pembangkang sendiri berpecah dalam isu yang melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Dr. Mahathir.

"Pembangkang harus menyelesaikan dulu matlamat mereka kerana mereka telah membuat kenyataan yang berlawanan yang mengelirukan" Kata Datuk Wee.

Ini dapat dibuktikan dengan sikap 'flip-flop' pembangkang yang telah menandatangani "Deklarasi Rakyat" bersama Dr. Mahathir untuk mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan pada 4 March 2016. Namun, seminggu selepas itu iaitu pada 11 March 2016 Lim Kit Siang & Dr. Wan Azizah Wan Ismail menyatakan kesediaan mereka untuk bekerjasama dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula. 

Bagi kami di #KLChronicle, kami bersetuju dengan kenyataan Timbalan Presiden MCA , Datuk Wee Ka Siong bahawa pembangkang bersikap hipokrit dan hanya cuba mengelirukan rakyat dengan harapan dapat meraih undi pada Pilihan Raya akan datang.

Persoalannya sekarang, mahukah kita ditipu oleh pihak pembangkang lagi seperti sebelum ini?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget