KL CHRONICLE: DS @LiowTiongLai : objek ditemui di Mozambique belum disahkan milik #MH370

Thursday, March 3, 2016

DS @LiowTiongLai : objek ditemui di Mozambique belum disahkan milik #MH370


Beberapa jam lepas, dunia telah digemparkan dengan penemuan sebuah objek yang dikatakan milik pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370. Penemuan objek ini di Mozambique, Afrika telah mencetuskan panik diseluruh dunia dan banyak spekulasi yang bermain di media - media sosial. Menyedari hal ini, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai melalui akaun Twitter beliau di @LiowTiongLai telah mengeluarkan beberapa kenyataan penting.



Antara kenyataan penting yang telah dikeluarkan oleh YBM Datuk Seri Liow Tiong Lai adalah objek yang ditemui di Mozambique masih tidak dapat disahkan milik MH370. Malah, menurut DS Liow Tiong Lai, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) kini sedang bekerjasama dengan negara lain terutamanya dari Australia untuk mendapatkan objek tersebut supaya siasatan lebih terperinci dapat dijalankan. 

Memetik kata - kata YBM Datuk Seri Liow Tiong Lai; 

"Saya menyeru semua pihak supaya mengelak daripada membuat sebarang spekulasi kerana kami belum dapat mengesahkan bahawa serpihan itu ialah milik MH370 ketika ini,"

Bagi kami di #KLChronicle, kenyataan yang dikeluarkan oleh YBM Datuk Seri Liow Tiong Lai adalah tepat pada masanya. Ini kerana jika YBM Datuk Seri Liow Tiong Lai tidak mengeluarkan kenyataan, sudah pasti banyak spekulasi yang akan berlaku sekaligus membawa kesakitan dan kesedihan kepada keluarga mangsa nahas pesawat #MH370. Bagi kami perkara ini adalah tidak adil. 

Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, YBM Datuk Seri Liow Tiong Lai telah mengambil keputusan yang tepat dalam mengeluarkan kenyataan. Ini membuktikan bahawa beliau sedar bahawa berita yang tidak sahih berkaitan MH370 akan memberi impak negatif kepada emosi keluarga mangsa nahas pesawat. Bagi kami, sebelum sesuatu yang buruk terjadi YBM Datuk Seri Liow Tiong Lai telah mengambil tindakan yang sewajarnya. 

Bagi mereka yang telah lupa, pesawat MH370 membawa 239 penumpang dan krew apabila ia dilaporkan hilang dari imbasan radar ketika dalam penerbangan ke Beijing dari Kuala Lumpur pada 8 Mac, 2014. Pada 29 Julai tahun lepas, serpihan yang dijumpai di Pulau Reunion di Lautan Hindi telah dihantar ke Perancis untuk dianalisis.

Pada 6 Ogos tahun lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan bahawa serpihan itu ialah milik MH370, dan usaha diteruskan bagi mencari pesawat tersebut.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget