KL CHRONICLE: Dr. Mahathir bukan lagi penasihat PETRONAS

Friday, March 11, 2016

Dr. Mahathir bukan lagi penasihat PETRONAS


Kabinet hari ini telah membincangkan tindakan-tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, khususnya dalam melancarkan “Deklarasi Rakyat” bersama pemimpin pembangkang pada minggu lepas.



Deklarasi tersebut bertujuan menjatuhkan Kerajaan menerusi satu tindakan yang bertentangan dengan undang-undang dan perlembagaan negara.

Kabinet berpendapat oleh kerana Tun Dr Mahathir Mohamad tidak lagi mendokong Kerajaan yang sedia ada, sewajarnya beliau tidak lagi memegang sebarang jawatan yang ada kaitan dengan Kerajaan Malaysia.

‎Dengan itu, Kabinet hari ini bersetuju secara sebulat suara untuk menamatkan perlantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Penasihat Petronas.


Pejabat Perdana Menteri
Putrajaya
11 Mac 2016

2 comments:

gabenor johor said...

jangan lupa suruh dia letak jawatan dalam LADA

sesejuk mata memandang said...

JIka Tun M . semakin banyak lah scandal pertonas akan terhambur keluar.
Pertonas ada scandal tak?

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget