KL CHRONICLE: #DemiRakyat Prasarana Beri Tambang Percuma bagi #RapidKamunting @NajibRazak @AzmiAziz60

Thursday, March 3, 2016

#DemiRakyat Prasarana Beri Tambang Percuma bagi #RapidKamunting @NajibRazak @AzmiAziz60


Syabas dan Tahniah diucapkan kepada syarikat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) kerana telah berjaya melancarkan operasi perkhidmatan bas Rapid Kamunting di Taiping, Perak sebentar tadi. Majlis pelancaran perkhidmatan Rapid Kamunting ini telah disempurnakan oleh ADUN Kamunting merangkap EXCO Kerajaan Negeri Perak iaitu Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri.



Bagi kami di #KLChronicle, dengan bermulanya perkhidmatan Rapid Kamunting ini, ianya sudah semestinya akan banyak membantu penduduk Taiping dalam menjalankan aktiviti harian mereka dengan lebih teratur dan sistematik. Malah, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid juga gembira dan berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Prasarana bagi penduduk Kamunting.
Secara konklusinya, kami di #KLChronicle sangat berbangga dengan usaha murni yang dibawa oleh Prasarana bagi penduduk Kamunting. Malah, kerajaan Barisan Nasional juga wajar diberikan pujian kerana berjaya menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang bertaraf antarabangsa di pekan Kamunting, sejajar dengan visi dan aspirasi kerajaan melalui Pelan Transformasi Negara.

Nota: Tambang percuma diberikan selama sebulan oleh Prasarana kepada penduduk Kamunting.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget