KL CHRONICLE: #DemiRakyat @MyRapidKL Berkas Artis Grafiti Jerman kerana ceroboh depoh LRT Subang

Tuesday, March 15, 2016

#DemiRakyat @MyRapidKL Berkas Artis Grafiti Jerman kerana ceroboh depoh LRT Subang

 
 
#KLChronicle: Syabas dan tahniah diucapkan kepada Polis Bantuan Syarikat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) yang telah Berjaya menangkap artis graffiti Jerman yang cuba merosakkan tren - tren LRT Prasarana di Depoh LRT Subang. Kejayaan Polis Bantuan Prasarana ini telah memastikan operasi tren berjalan dengan lancar dan tidak menyusahkan rakyat.

Kami di #KLChronicle berharap Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap warga Jerman ini kerana telah melanggar undang  - undang. Malah, jika dilihat trend sekarang banyak warga asing yang cuba melanggar undang - undang, terbaru dua warga Australia di Sarawak dan sekarang warga Jerman di Kuala Lumpur. Diharap Polis tidak memberi muka kepada mereka - mereka ini kerana terbukti mereka tidak menghormati kedaulatan serta undang - undang Negara!
 

ARTIS GRAFITI JERMAN DIBERKAS MENCEROBOH DEPOH LRT SUBANG

KUALA LUMPUR, 15 Mac – Polis Bantuan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) telah memberkas seorang artis grafiti warga Jerman malam tadi kerana ingin menceroboh masuk ke kawasan Depoh LRT Subang malam untuk menjalankan kegiatan haram itu.

Warga Jerman itu, yang telah diserahkan kepada pihak polis, telah diberkas oleh pasukan khas ‘Ronda & Tangkap’, yang dibentuk khusus untuk membenteras kegiatan artis-artis grafiti yang gemar menconteng tren-tren, stesen dan depot di bawah pengurusan Rapid Rail – anak syarikat Prasarana yang mengendalikan operasi LRT dan monorel Rapid KL.
 
 

Ketika mengesahkan perkara ini, Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Encik Ahmad Nizam Mohamed Amin, berharap hukuman berat akan dikenakan kepada mereka yang disabitkan dengan kesalahan ini kerana impaknya kepada operasi amat besar.

“Kami difahamkan beliau akan didakwa di mahkamah hari ini. Sebenarnya, ini bukanlah gejala baru; tetapi sejak daripada operasi tren bermula. Kawasan sasaran utama mereka adalah di kedua-dua depoh LRT Laluan Ampang di Ampang dan LRT Laluan Kelana Jaya di Subang. Mereka mungkin tidak sedar; tetapi impak daripada sikap tidak bertanggungjawab ini amat besar.

“Tren-tren yang diconteng akan terpaksa dikeluarkan daripada operasi. Mereka perlu dicuci dan dicat semula sebelum dapat digunakan untuk operasi. Apabila tidak beroperasi, ia akan menjejas perkhidmatan. Masa menunggu akan menjadi lebih panjang kerana jumlah tren telah berkurang. Akibatnya, orang ramai sendiri yang akan merungut.

“Ini tidak termasuk perbelanjaan untuk mencuci dan mengecat semula tren. Ia adalah satu perbelanjaan yang besar, yang sebenarnya boleh kami gunakan untuk meningkatkan lagi bidang-bidang lain untuk menambah keselesaan penumpang,” kata Ahmad Nizam, yang sudah berkhidmat lebih 20 tahun dalam perkhidmatan LRT.

Menurut beliau, majoriti daripada mereka yang diberkas adalah orang asing khususnya dari Eropah.

“Nyata, mereka terbawa-bawa budaya di negara mereka. Malaysia juga mempunyai ramai artis-artis grafiti. Tetapi, mereka lebih bertanggungjawab dan menyalurkan bakat mereka di platform yang betul. Sememangnya, terdapat tempat-tempat tertentu yang disediakan oleh pihak berkuasa untuk artis-artis grafiti ini menjalankan kegiatan mereka.

“Malahan, kami di Rapid Rail dan Prasarana sendiri mempunyai hubungan yang baik dengan artis-artis ini untuk menjalankan projek-projek grafiti di lokasi-lokasi yang telah dikenalpasti di kawasan stesen. Ada cara yang betul untuk menyalurkan bakat ini dan kami sentiasa menyokong program-program yang dikendalikan dengan baik,” tambah beliau.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget