KL CHRONICLE: #DemiRakyat Kerajaan & SPAD melanjutkan insentif diskaun 30% bagi pengguna perkhidmatan bas antara bandar

Friday, March 4, 2016

#DemiRakyat Kerajaan & SPAD melanjutkan insentif diskaun 30% bagi pengguna perkhidmatan bas antara bandar




Kami di #KLChronicle baru mendapat berita yang menggembirakan. Kerajaan Barisan Nasional (BN) melalui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengumumkan bahawa diskaun 30% bagi pengguna perkhidmatan bas antara bandar bagi laluan dari Rawang, Klang dan Seremban ke Kuala Lumpur dilanjutkan dari 1 Mac 2016 sehingga 31 Disember 2016.


Bagi kami di #KLChronicle, insentif yang diperkenalkan oleh kerajaan dan SPAD pada 1 September 2015 ini adalah salah satu cara kerajaan untuk meringankan kos perjalanan harian pengguna sekaligus meringankan kos sara hidup yang dialami oleh masyarakat. Jika dilihat dari insentif ini, bantuan ini diberikan kepada golongan sasar yang memerlukan seperti mereka ygn tinggal menetap di kawasan pinggir bandar dan yang bekerja di pusat bandar Kuala Lumpur. 
Umum ketahui bahawa sebab utama kenapa kebanyakkan rakyat menetap di pinggir bandar adalah kerana harga rumah, samada beli atau menyewa adalah lebih murah dari kawasan bandar. Oleh itu, golongan ini merupakan golongan yang berpendapatan pertengahan ataupun berpendapatan rendah dan perlu diberi bantuan oleh kerajaan. Harga tambang baru bagi perkhidmatan ini adalah seperti berikut:


Diskaun diatas boleh dinikmati oleh semua warganegara Malaysia dengan membeli pas bulanan syarikat pengendali seperti yang tertera diatas. Borang aplikasi boleh dimuat turun melalui www.spad.gov.my. Di samping itu, borang aplikasi juga boleh didapati di kaunter tiket pengendali bas yang yang ditetapkan sepertimana dalam jadual diatas. Kami di #KLChronicle berharap diskaun yang diberi oleh kerajaan BN ini untuk kesenangan rakyat tidak disalahguna oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Sekali lagi, terima kasih kepada kerajaan BN dan SPAD kerana prihatin tentang nasib rakyat.
 
Thank You!

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget