KL CHRONICLE: #DemiRakyat FELDA luluskan pinjaman RM 1.41 Billion tanpa faedah kepada peneroka

Tuesday, March 15, 2016

#DemiRakyat FELDA luluskan pinjaman RM 1.41 Billion tanpa faedah kepada peneroka


Walaupun dihina dan dikritik oleh penyokong serta pemimpin - pemimpin pembangkang, Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak semalam mengumumkan bahawa FELDA, yang merupakan sebuah GLC dibawah kerajaan Barisan Nasional kepimpinan beliau telah meluluskan pinjaman sebanyak RM 1.41 TANPA FAEDAH untuk membaik pulih rumah kepada 41,429 keluarga peneroka. Setiap peneroka telah menerima RM 40,000 setiap keluarga.
 

 
Ini menunjukkan komitmen tinggi kerajaan Barisan Nasional dan FELDA untuk terus menjaga peneroka FELDA, sama ada generasi pertama, kedua mahupun ketiga kerana ini adalah komitmen kerajaan sejak berpuluh tahun yang dahulu. Malah, sejak dari penubuhan FELDA lagi kerajaan Barisan Nasional telah memberikan banyak bantuan, bermula dari Tanah peneroka sebanyak 10 ekar serta banyak kemudahan - kemudahan lain untuk kesenangan para peneroka.
 
Malah, dibawah kepimpinan Tan Sri Isa Abdul Samad, FELDA kini telah mencatatkan keuntungan berbillion ringgit sehingga menjadikan FELDA sebuah konglomerat Melayu yang terbesar dan terbaik di dunia dalam perniagaan Sawit. Walaupun umum ketahui bahawa harga komoditi dunia termasuk sawit kini merudum, FELDA tetap mampu mencatatkan keuntungan yang memberangsangkan hasil usaha serta kepimpinan bos - bos di FELDA.

Selain itu, kami di #KLChronicle juga menyambut baik kenyataan Pengerusi FELDA Tan Sri Isa Abdul Samad bahawa FELDA tetap akan menjadi "safe deposit" kerajaan Barisan Nasional dan sentiasa menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak. Ini menunjukkan, peneroka FELDA merupakan mereka yang sangat mengenang budi serta bantuan yang telah diberikan oleh kerajaan.
 
Ini berbeza dengan segelintir rakyat yang tinggal di Bandar. Walaupun mendapat pelbagai kemudahan dari kerajaan mereka ini tetap menyokong pihak pembangkang walaupun pihak pembangkang kini bercelaru dan kelam - kabut sehingga terpaksa bekerjasama dengan mantan Presiden UMNO Dr. Mahathir Mohamad. Kami berharap kerajaan BN dibawah pentadbiran Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak akan tetap terus menjaga FELDA dengan sebaik mungkin.
 
Kerajaan wajar hargai mereka yang menyokong kerajaan. Setuju?
 
 
 

 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget