KL CHRONICLE: #DemiFELDA FGV bakal beli konglomerat China Zhong Ling #FGV #Felda

Friday, March 11, 2016

#DemiFELDA FGV bakal beli konglomerat China Zhong Ling #FGV #Felda

 
Syabas dan tahniah diucapkan kepada syarikat konglomerat Melayu terbesar di dunia iaitu Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) kerana menunjukkan kesungguhan untuk membeli syarikat konglomerat China Zhong Ling Nutril-Oil Holdings Ltd. Pemerolehan Zhong Ling ini bakal memberi kesan positif terhadap pendapatan sesaham FGV sekaligus membawa kebaikkan kepada peneroka - peneroka FELDA melalui peningkatan harga serta pembayaran dividen yang baik kepada pemegang saham FGV  
 

 
Melalui maklumat yang kami terima serta rujukan kepada portal BERNAMA, Zhong Lin mempunyai lebih daripada 100 pelanggan dan rangkaian jualan sebanyak 60,000 cawangan runcit yang meliputi lima wilayah pantai tenggara Fujian, Jiangxi, Guangdong, Zhejiang dan Jiangsu. Malah, hasil jualan Zhong Ling dijangka mempunyai kadar pertumbuhan yang luar biasa sebanyak 28 peratus menjelang 2017.
 
Bagi kami di #KLChronicle, pembelian Zhong Ling oleh FGV merupakan satu langkah yang bijak dan tepat pada masanya. Umum ketahui bahawa ekonomi China kini berada dalam keadaan yang "stagnant" dimana pertumbuhan mereka kurang memberangsangkan dan banyak syarikat China mahu menjual asset mereka dengan harga yang berpatutan. Secara tidak langsung, pembelian Zhong Ling oleh FGV akan membuka pasaran China kepada FGV.
 
Ini akan memberi peluang kepada FGV untuk menjual produk mereka di China dan sekaligus menambah pendapatan syarikat. Malah, melalui Zhong Ling FGV tidak perlu untuk memerlukan perniagaan mereka di China dari "zero" tetapi menggunakan segala rangkaian serta pasaran yang sudah dikuasai oleh Zhong Ling. Ini akan memberi peluang kepada FGV untuk mendapatkan keuntungan dengan lebih cepat.
 
Malah, melihat kepada kesungguhan Tan Sri Isa Samad untuk menambahkan pendapatan serta keuntungan FELDA, sudah pastinya Zhong Ling - FGV akan menjadi "pintu" kepada peneroka - peneroka FELDA untuk menjual produk mereka ke Negara China. Bukankah ini suatu perkara yang sangat baik?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget