KL CHRONICLE: Datuk Seri S. @Vellpaari : Tindakan Tun. Dr Mahathir tidak bertanggungjawab dan mengecewakan

Monday, March 7, 2016

Datuk Seri S. @Vellpaari : Tindakan Tun. Dr Mahathir tidak bertanggungjawab dan mengecewakan



Ahli Majlis Tertinggi Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC, Datuk Seri. S Vell Paari menyifatkan tindakan Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad bekerjasama dengan pihak pembangkang untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin. Tun Abdul Razak adalah tidak bertanggungjawab dan amat mengecewakan. Tambahan kerjasama ini yang melibatkan pihak pembangkang membuktikan bahawa Tun Dr. Mahathir kini telah hilang sokongan pemimpin dan ahli Barisan Nasional (BN). Menurut Datuk Seri S. Vell Paari:


Jangan kita lupa bahawa pada zaman Dr. Mahathir, beliau juga pernah didesak untuk melepaskan jawatan Presiden dan Perdana Menteri namun beliau hanya meletakkan jawatan apabila beliau rasa sudah tiba masanya tanpa menghiraukan desakan sesiapa.

Tuduhan Dr. Mahathir terhadap Perdana Menteri merupakan tuduhan "kitar semula" yang dimainkan oleh portal - portal pembangkang dan antarabangsa seperti Sarawak Report, The Wall Street Journal dan sebagainya tanpa sebarang bukti yang kukuh. Konklusinya, tuduhan ini merupakan satu konspirasi jenayah secara besar - besaran anasir luar untuk menjatuhkan Perdana Menteri dan kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat, katanya.

Malah, Datuk Seri S. Vell Paari juga telah memberi nasihat yang ikhlas kepada Dr. Mahathir untuk bertanding melawan Datuk Seri Haji Najib Bin. Tun Abdul Razak dalam pemilihan UMNO yang akan datang ataupun gunakan saluran dalaman parti untuk memberi tekanan kepada Datuk Seri Haji Najib Bin. Tun Abdul Razak.

Namun memandangkan Dr. Mahathir kini bukan lagi ahli UMNO, Dr. Mahathir boleh bersama rakan - rakan beliau dari pihak pembangkang bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang bagi melawan Perdana Menteri dan Kerajaan Barisan Nasional. Biar rakyat yang memilih sama ada mereka mahukan Dr. Mahathir ataupun Datuk Seri Haji Najib Bin. Tun Abdul Razak , katanya lagi.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget