KL CHRONICLE: Ahli Parlimen Kota Tinggi Bidas @RafiziRamli #Penipu

Friday, March 18, 2016

Ahli Parlimen Kota Tinggi Bidas @RafiziRamli #Penipu


Ahli Parlimen berpengaruh dari Johor, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid membidas sikap tidak bertanggungjawab Ahli Parlimen PKR Pandan, Rafizi Ramli kerana cuba memutar belit fakta berkaitan syarikat Islam terbesar di Malaysia iaitu Tabung Haji. Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid, yang merupakan Ahli Parlimen Kota Tinggi dan juga Ahli Lembaga Pengarah FELDA berkata Tabung Haji dari penubuhan syarikat sehingga ke hari ini telah Berjaya memberikan pulangan dividen setiap tahun tanpa gagal.

Memetik kata - kata Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid;




“Dalam perniagaan memang ada untung, memang ada rugi, mana ada sentiasa untung sahaja, tapi yang pastinya tiap petanda aras tiap-tiap tahun kita bagi dividen yang baik, bermakna tiap-tiap tahun Tabung Haji ada keberhasilannya yang baik, kita mampu bagi.

“Tapi apa yang Pandan cuba lakukan adalah dalam 50 portfolio, ada 10 yang rugi tapi 40 yang untung dia tak cakap, sebab itu saya kata dia cuba kelirukan dewan,” katanya kepada BNBBC.my.

Bagi kami di #KLChronicle, Rafizi Ramli ini memang terkenal dengan sikap beliau yang suka memutar-belitkan fakta dan memberi persepsi negative terhadap kerajaan. Ini adalah tugas hakiki dikalangan ahli parlimen pembangkang di Negara ini. Namun, penipuan Rafizi Ramli ini Berjaya dipatahkan oleh Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid. Ini membuktikan bahawa UMNO - Barisan Nasional juga mempunyai pemimpin yang berwibawa untuk mematahkan segala fitnah dan penipuan pembangkang.

Lebih menarik lagi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid juga mengingatkan Rafizi Ramli tentang fitnah beliau tentang kononnya isteri Perdana Menteri membeli cincin berharga RM 24 juta:

“Rafizi betul-betul cuba kelirukan dewan, kalau lihat isu yang dulu, dia cakap cincin RM24 juta, lepas tu kata dia bergurau, tapi 3 tahun orang memfitnah, jadi kita tak nak dia mengelirukan dewan ni, dia cuba kelirukan, kita tak mahu anak-anak kita terdedah kepada pemikiran yang buruk dan tak membantu dan rosakkan orang lain dimana pemimpin sanggup buat apa sahaja asalkan matlamat tercapai.


“Lama-lama anak akan terkeliru dan buat pertimbangan yang tak baik di masa hadapan,” ujar NoorEhsan lagi sambil menambah bahawa perlakuan serta tindakan mengelirukan Rafizi di dalam dewan yang ditonton mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM) perlu disekat bagi mengelak kekeliruan dan persepsi negatif terhadap kerajaan.

 Apa yang menyedihkan bagi kami di #KLChronicle adalah apabila segelintir pakcik - makcik di kampong telah mengeluarkan simpanan mereka dari Tabung Haji hanya kerana percaya dengan fitnah yang dinyatakan oleh Rafizi Ramli. Akibat dari tindakan pakcik - makcik ini, mereka telah kehilangan peluang mengerjakan ibadah Haji yang disediakan oleh Tabung Haji.

Persoalanya, Tidakkah Rafizi Ramli mempunyai perasaan kasihan terhadap pakcik - makcik ini atas tindakan tidak bertanggungjawab beliau?





No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget