KL CHRONICLE: @weekasiongmp maklumkan kerajaan akan kaji semula jumlah peningkatan levi keatas pekerja asing

Thursday, February 4, 2016

@weekasiongmp maklumkan kerajaan akan kaji semula jumlah peningkatan levi keatas pekerja asing


Menyedari bahawa keputusan kerajaan untuk meningkatkan jumlah levi yang dikenakan terhadap pekerja asing mendapat tentangan daripada industri perniagaan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wee Ka Siong memberitahu kami di #KLChronicle bahawa isu peningkatan levi ini akan dikaji semula. Malah perkara ini telah dibawa ke post - cabinet meeting untuk dibincangkan.  



Menurut Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, kabinet mengambil maklum atas kebimbangan industri perniagaan tentang kenaikkan levi ini dan bersetuju untuk mempertimbangkan "quantum" kenaikkan levi yang telah diumumkan baru - baru ini. Isu levi ini akan diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi seperti yang telah diarahkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Antara langkah yang akan diambil oleh kerajaan adalah satu perbincangan khas akan diadakan oleh kerajaan bersama pemain industri perniagaan untuk mendapat pandangan mereka tentang isu kenaikkan levi ini dan berapa "quantum" kenaikkan yang dirasakan berpatutan. Ini membuktikan bahawa kerajaan terbuka menerima cadangan dan prihatin terhadap feedback yang diberikan oleh pemain industri tentang keputusan yang dibuat kerajaan. 

Malah, jika dilihat, usaha 
Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang telah membangkitkan isu ini pada post - cabinet meeting membuktikan bahawa MCA telah memainkan peranan mereka dengan sangat efektif. Ini kerana MCA telah membawa suara dewan - dewan perniagaan Cina ke kepimpinan tertinggi kerajaan dan kerajaan ambil maklum akan kerisauan dewan - dewan perniagaan Cina tentang isu levi ini. 

Bagi kami di #KLChronicle, ini membuktikan bahawa MCA masih relevan dalam keadaan politik masa kini walaupun DAP terus menerus membelasah MCA dengan mengatakan MCA telah kehilangan sokongan "rakyat". Malah, sebenarnya apabila rakyat berada dalam kesusahan, contohnya Dewan Perniagaan Cina, mereka pergi ke MCA untuk memohon bantuan dan bukan kepada DAP. Persoalannnya mengapa ini terjadi?

Kedua, tindak balas oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sanggup "engage" bersama peniaga - peniaga yang terutamanya berbangsa Cina dalam isu levi ini membuktikan kerajaan memberi perhatian yang serius tentang masalah yang dihadapi oleh mereka. Ini dilakukan walaupun kerajaan sedar kerajaan tidak mendapat undi bangsa Cina pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lepas. Kerajaan BN tidak pernah berkecil hati atau pun ingat membalas dendam, malah sentiasa berusaha untuk mencapai a win - win situation bagi semua pihak. 

Konklusinya, kami berharap isu levi ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik. Kerajaan perlu menaikkan levi untuk memastikan peniaga - peniaga tempatan mengambil pekerja tempatan dan bukan warga asing. Ini adalah untuk meningkatkan jumlah pekerjaan kepada penduduk tempatan dan membantu rakyat kita sendiri. Peniaga pula mahukan pekerja yang murah dan berpatutan. Jika levi dikenakan peniaga akan rugi dan mereka mungkin terpaksa gulung tikar. Oleh itu, satu win - win situation seperti yang diketengahkan oleh Datuk Seri Dr Wee Ka Siong wajar dicapai dengan cepat oleh kedua - dua pihak. 


No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget