KL CHRONICLE: @weekasiongmp : #DemiRakyat MCA bakal buka cawangan Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman di Sabah

Wednesday, February 17, 2016

@weekasiongmp : #DemiRakyat MCA bakal buka cawangan Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman di Sabah

 
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong kerana mengumumkan bahawa satu cawangan Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman akan dibuka di Sabah. Objektif utama penubuhan satu cawangan Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman di Sabah adalah untuk memberi peluang kepada anak Sabah melanjutkan pelajaran ke Universiti.


 
Malah, dengan penubuhan sebuah cawangan Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman di Sabah, secara tidak rasminya anak Sabah kini mendapat lebih banyak pilihan untuk mereka melanjutkan pelajaran. Jika sebelum ini di Sabah hanya terdapat Universiti Malaysia Sabah (UMS), kini dengan Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman anak Sabah boleh memilih universiti yang mana lebih sesuai dengan pilihan subjek mereka.
 
Malah, bagi kami di #KLChronicle, penubuhan Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman di Sabah oleh MCA membuktikan komitmen MCA terhadap sektor pendidikan dan juga komitmen MCA kepada rakyat Sabah. Ini berbeza dengan parti pembangkang iaitu DAP yang lebih minat bermain politik murahan dan membangkitkan isu - isu perkauman berbanding menolong rakyat Sabah.
 
Jika kita lihat secara terperinci, DAP menguasai hamper semua Bandar - Bandar di Sabah seperti Kota Kinabalu dan sebagainya, namun DAP tidak pernah membuat apa - apa untuk rakyat Sabah. Ini sangat berbeza dengan MCA dimana walaupun MCA tidak mempunyai kerusi  Parlimen di DUN Sabah namun MCA tetap turun ke bawah untuk menolong rakyat Sabah. Ini merupakan satu inisiatif yang sangat baik.
 
Secara konklusinya, hadiah MCA untuk rakyat Sabah dalam bentuk satu cawangan Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman adalah amat bermakna sekali. Ini sudah pastinya akan menggembirakan rakyat Sabah kerana MCA dilihat ikhlas membantu rakyat Sabah berbanding hanya mengeluarkan janji -  janji manis seperti parti - parti pembangkang yang lain. Diharap usaha murni MCA ini akan membawa kebaikkan kepada rakyat Sabah.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget