KL CHRONICLE: #TahukahAnda McDonald's Malaysia menyumbang hasil keuntungan mereka kepada komuniti?

Friday, February 19, 2016

#TahukahAnda McDonald's Malaysia menyumbang hasil keuntungan mereka kepada komuniti?

 
Menyedari bahawa anak - anak merupakan harta yang paling bernilai bagi sebuah keluarga, McDonald's Malaysia telah mengambil langkah proaktif dan sangat baik dalam menyumbangkan sebahagian dari keuntungan mereka kepada badan kebajikan yang sah. Sejak 1990, McDonald's telah memilih Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia atau RMHC Malaysia.
 

 
Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia atau RMHC Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1990 telah menyalurkan hampir RM 11,000,000 (11 juta) untuk membantuk sekitar 20,000 kanak - kanak kurang bernasib baik di seluruh Malaysia. Ini secara purata menjadikan sumbangan McDonald's Malaysia kepada kanak - kanak kurang bernasib baik adalah hampir RM 420,000 setahun.
 
Rumah Ronald McDonald - PPUKM
Malah, McDonald's Malaysia juga telah menyumbang lebih RM 900,000 kepada pelbagai rumah kebajikan tempatan menerusi kempen kutipan amal "Prosperity Gives Back" yang dilancarkan pada tahu 2011. Ini menjadikan jumlah keseluruhan sumbangan McDonald's Malaysia kepada kebajikan adalah RM 11,900,000 (11.9 juta). Ini merupakan satu jumlah yang sangat besar berbanding restoran - restoran "fast food" lain di Negara ini.
 
Bagi kami di #KLChronicle, antara faktor utama McDonald's Malaysia sanggup menyumbang sebegitu banyak duit kepada badan - badan kebajikan adalah kerana McDonald's Malaysia adalah sebuah syarikat yang rapat dengan rakyat serta pelanggan mereka. Tanpa pelanggan, McDonald's Malaysia mungkin tidak akan berjaya sepertimana mereka berjaya waktu ini.
 
Oleh itu, pesanan kami di #KLChronicle kepada mereka yang mahu memboikot McDonald's Malaysia supaya berfikir lah dulu sebelum mengambil tindakan yang bodoh ini. Ini kerana jumlah sumbangan yang McDonald's Malaysia berikan kepada kebajikan datang daripada keuntungan mereka. Jika NGO - NGO tidak bertanggungjawab ini memboikot McDonald's Malaysia,keuntungan McDonald's Malaysia akan berkurang seterusnya mereka tidak boleh memberi sumbangan yang besar kepada badan - badan kebajikan. Adakah ini yang kita mahu? Oleh itu, sebelum membuat satu keputusan fikirlah dulu baik -  buruk keputusan yang kita lakukan tersebut.
 
Terima Kasih.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget