KL CHRONICLE: Tahniah!! SPAD Mulakan Tindakan Bas Terhadap Syarikat dan Pemandu Bas yang pukul penumpang #Video #Viral

Monday, February 8, 2016

Tahniah!! SPAD Mulakan Tindakan Bas Terhadap Syarikat dan Pemandu Bas yang pukul penumpang #Video #Viral



Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang telah mengambil tindakan yang pantas dalam insiden memalukan dimana seorang pemandu bas ekspress telah memukul penumpang bas kerana penumpang tersebut tertidur di kerusi pemandu. Kejadian ini berlaku dalam perjalanan dari Melaka ke Pulau Pinang pada 25 Januari 2016.

Bagi kami di #KLChronicle, kejayaan SPAD yang berjaya menyelasaikan masalah ini dalam masa kurang dari 14 hari (2 minggu) merupakan satu pencapaian yang sangat membanggakan. Seminggu selepas insiden tersebut berlaku, pada 1 Februari 2016 SPAD telah memulakan tindakan undang-undang terhadap pengendali bas kerana melanggar syarat-syarat lesen, yang termasuk kegagalan untuk memastikan pemandu bas sentiasa berkelakuan baik dan beretika ketika bertugas.




Malah, melalui kenyataan media SPAD yang kami terima, SPAD juga telah mengeluarkan surat kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memohon pembatalan lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) pemandu yang terbabit. Ini bermakna pemandu tersebut tidak akan dibenarkan memandu kenderaan pengangkutan awam darat di masa akan datang Tindakan susulan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga sedang berjalan. 

Secara peribadinya, tindakan SPAD ini telah mengembalikan keyakinan rakyat terhadap pengangkutan awam darat terutamanya bas ekspress. Ini kerana sebelum ini telah timbul desas - desus bahawa rakyat sudah tidak yakin dengan perkhidmatan bas ekpress kerana dikhuatiri akan keselamatan penumpang tidak terjamin. Kebimbangan ini kini sudah reda dikalangan rakyat

Kami juga berharap syarikat bas ekspress lain mengambil iktibar tentang kejadian ini dan memastikan pemandu mereka berkelakuan baik. Rakyat tidak akan teragak - agak untuk melaporkan segala salah laku pemandu mereka kepada SPAD kerana telah terbukti SPAD juga tidak "memilih bulu" dan sentiasa bersama rakyat dalam sebarang isu. 

-----------------------------------------------------------

Kenyataan Media

SPAD MEMULAKAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG TERHADAP PENGENDALI DAN PEMANDU BAS YANG TERBABIT DALAM KEJADIAN SALAH LAKU YANG DIPAPARKAN DI DALAM VIDEO VIRAL 

Suruhanjaya mengesyorkan pembatalan lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) yang dimiliki pemandu. 

6 Februari, 2016 –Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah melengkapkan siasatan berkaitan kejadian salah laku seorang pemandu bas ekspres terhadap penumpang ketika di dalam perjalanan dari Melaka ke Pulau Pinang pada 25 Januari 2016 yang telah dipaparkan di dalam sebuah video viral. 

Berikutan siasatan yang telah dijalankan oleh SPAD pada 1 Februari, 2016 bersama syarikat bas ekspres, pemandu dan seorang saksi, SPAD telah memulakan tindakan undang-undang terhadap pengendali bas kerana melanggar syarat-syarat lesen, yang termasuk kegagalan untuk memastikan pemandu bas sentiasa berkelakuan baik dan beretika ketika bertugas.

SPAD juga telah mengeluarkan surat kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memohon pembatalan lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) pemandu yang terbabit. Ini bermakna pemandu tersebut tidak akan dibenarkan memandu kenderaan pengangkutan awam darat di masa akan datang. Ekoran itu, pemandu berkenaan disahkan sebagai telah diberhentikan kerja oleh syarikat bas terlibat. Sementara itu, SPAD akan meneruskan kerjasama bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam siasatan yang masih sedang berjalan terhadap pemandu yang tidak bertanggungjawab itu.

Kami ingin menegaskan sekali lagi bahawa SPAD melihat kejadian salah laku seumpama ini, sebagai satu perkara yang amat serius. Suruhanjaya percaya bahawa tindakan yang diambil terhadap pemandu dan pengusaha bas akan menjadi peringatan keras kepada industri bagi memastikan pengusaha bertanggungjawab atas kelakuan pemandu dan untuk terus memberikan perkhidmatan yang baik kepada penumpang.

Kami menggesa orang ramai yang telah mengalami kejadian seumpama ini agar segera menghubungi kami melalui emel: aduan@spad.gov.my atau hotline ADUAN SPAD: 1-800-88-7723 (SPAD) bagi membolehkan kami mengambil tindakan yang sewajarnya. Dengan maklumat yang tepat, kami boleh memastikan pemandu yang tidak bertanggungjawab dapat dikenal pasti dan dikenakan tindakan.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget