KL CHRONICLE: Tabung Haji Buat Laporan Polis Terhadap @RafiziRamli kerana memfitnah #YBFitnah #PKR

Sunday, February 28, 2016

Tabung Haji Buat Laporan Polis Terhadap @RafiziRamli kerana memfitnah #YBFitnah #PKR



Cukup - cukup la Rafizi. Tunjukkan bukti mana bank yang memberi pinjaman kepada THHE dan pinjaman tersebut dijamin Tabung Haji. 

Akibat suka sangat memfitnah kali ni kan dah kantoi dan boleh dikenakan tindakan dalam Seksyen 124L kerana cuba mensabotaj sistem kewangan negara, Tabung Haji dan pemegang akaun mereka. Hang ni Rafizi memang tak guna.




Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini sekali lagi menafikan tuduhan TH memberi jaminan korporat (corporate guarantee) kepada syarikat bersekutunya, TH Heavy Engineering Berhad (THHE).

TH meminta Ahli Parlimen Pandan untuk menamakan bank yang memberikan pinjaman kepada THHE dengan surat jaminan korporat TH seperti yang didakwa.

TH amat kesal dengan penyebaran dokumen-dokumen melalui laman sosial secara rambang dan tuduhan tidak berasas serta berunsur fitnah. Dakwaan tersebut memberi impak negatif kepada TH dan akan menjejaskan kepentingan para pendepositnya.

Oleh yang demikian, TH telah membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Pandan berkaitan dakwaan-dakwaan dan dokumen-dokumen yang telah disebarkan oleh beliau.

Langkah ini diambil oleh TH bagi menjaga kepentingan para pendeposit dan reputasi TH sebagai sebuah Institusi Islam di Malaysia. TH akan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menjalankan siasatan secepat mungkin. 

Bahagian Hal Ehwal Awam Dan Komunikasi Korporat
LEMBAGA TABUNG HAJI




No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget