KL CHRONICLE: Sirul Azhar Sudah "petik" lima nama pemimpin kerajaan & pembangkang

Friday, February 12, 2016

Sirul Azhar Sudah "petik" lima nama pemimpin kerajaan & pembangkang



Bekas komando polis Sirul Azhar Umar didakwa mendedahkan nama individu yang kononnya cuba merasuah atau memujuk beliau mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.



Menurut sumber Malaysiakini, lima nama telah disebut. Bagaimanapun, sumber itu berkata, pihaknya enggan mendedahkan identiti pihak yang dinyatakan itu buat masa ini.

Sumber itu memberitahu individu tersebut datang dari parti pemerintah dan pembangkang.

"Saya tidak boleh memberitahu anda siapa mereka (buat masa ini) tetapi beberapa nama-nama besar telah disebut.

"Sesetengah daripada mereka (didakwa) mendekati Sirul secara langsung ketika orang lain cuba berhubung dengannya melalui pembantu atau wakil mereka.

"Video (mengenai pendedahan) itu akan dikeluarkan tidak lama lagi," kata sumber itu kepada Malaysiakini.

Sebelum ini dalam klip video pertama sepanjang 2.51 minit, Sirul mengulangi dakwaan peguamnya bahawa ada pihak tertentu cuba menggunakannya untuk menjatuhkan dan memfitnah seorang individu tidak dinamakan.

Walaupun tidak menyatakan siapakan orang dimaksudkan, ia adalah jelas merujuk kepada perdana menteri.

Dalam video kedua pula Sirul menafikan laporan media bahawa seorang "wanita" tidak dinamakan sedang hamil ketika dibunuh.

Sirul sebelum ini disabitkan Mahkamah Persekutuan atas kesalahan membunuh Altantuya - seorang wanita warga Mongolia - namun dia telah ke Australia.

Sirul kini ditahan di Pusat Tahanan Imigresen Villawood di Sydney, atas kesalahan imigresen.

Sirul sedang cuba mendapatkan "visa perlindungan" yang membolehkan dia hidup bebas di Australia.

6 comments:

abd razak kassim said...

cuba bagitau siapa yang mengarahkan bunuh altantuya....senang kan?
ni dok main wayang
kenapa kau senang sangat jadi kaldai suruhan orang?
berapa kau dapat upah bunuh altantuya?

yang sebenarnya kau bersalah lepas tu salahkan orang lain

ANIL said...

Mungkin arahan di berikan tidak jelas. Seperti "Aku tau by hook or by crook..benda ni ko mesti settlekan". Dia mungkin faham lain dan Boss yang bagi arahan tak jelas (play safe). Tu yang dia bunuh. Kita takde di tempat waktu kejadian. Dia bersalah Hakim manusia yang sebenarnya menghukum dia. Kenapa ALLAH permudahkan dia untuk lari ke Australia supaya terlepas dari tali gantung?Bersangka baik ajea la abd razak kassim.Ape2 pon kita doakan dia dan seluruh umat Islam supaya di jauhi dari FITNAH yang pasti akan menjatukan UMAT.

abd razak kassim said...

kalau kita bunuh bukan islam kita kena masuk neraka
sebab kita kena masuk neraka untuk minta maaf kerana bunuh dia di dunia
pemngadilan allah cukup rumit sebab kalau kesalahan dengan allah ,allah akan ampun kita sebab allah maha pengasih tetapi kesalahan dengan sesama hamba dia kena mohon ampun dengan hamba allah itu.

Cahaya Al Majid said...

Salam. Manusia akan sanggup mengaku dan memetik apa saja demi untuk menyelamatkan diri.

Cahaya Al Majid said...

Salam. Manusia akan sanggup mengaku dan memetik apa saja demi untuk menyelamatkan diri.

megat panjialam said...

Sirul hanya menurut arahan azilah, pegawai atasan beliau yg menjadi master mind dlm kes pembunuhan tersebut. Sebagai pembantu yg taat, sudah pasti beliau berpegang teguh pada janji kpd bosnya.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget