KL CHRONICLE: Part 2: Senarai Sumbangan McDonald's di Malaysia #DemiRakyat #KLChronicle

Thursday, February 25, 2016

Part 2: Senarai Sumbangan McDonald's di Malaysia #DemiRakyat #KLChronicle



Sebelum ini, kami di #KLChronicle ada mengeluarkan satu artikel yang memuji tindakan syarikat McDonald's Malaysia yang telah memberikan sumbangan bernilai jutaan ringgit kepada rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan. Bahagian - 1 dari artikel tersebut boleh dibaca disini:

Hari ini, kami di #KLChronicle ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi dengan pembaca Bahagian - 2 daripada artikel tersebut. Dibawah kami senaraikan empat (4) lagi program yang diusahakan oleh McDonald's Malaysia yang membawa kebaikan kepada rakyat. Antara program - program tersebut adalah:



















4. Hari Sarapan Pagi Negara (National Breakfast Day)

McDonald's Malaysia telah menyumbang sebanyak 230,000 McMuffins percuma kepada semua rakyat Malaysia yang bangun untuk ke kerja pada 13 April 2015. Malah,11,650 orang cikgu telah diberikan satu set makanan McDonald’s breakfast secara percuma bagi menghargai sumbangan cikgu - cikgu ini dalam bidang pendidikan serta usaha mereka untuk mendidik anak bangsa.
5. Penajaan jamuan Moreh ke masjid - masjid

Pada bulan Ramadan yang lalu, seminggu sekali, 265 buah restoran McDonald's Malaysia telah menyediakan jamuan Moreh secara percuma selepas solat kepada masjid dan surau yang berdekatan. Ini membuktikan McDonald's Malaysia juga memberi perhatian kepada umat Islam, lebih - lebih lagi ketika bulan Ramadan yang mulia.


6. Program Sekolah Ramadan

McDonald’s telah menunaikan hajat beberapa orang pelajar dari sekolah yang terpilih dari seluruh negara. McDonald's Malaysia telah membawa anak - anak ini membeli belah untuk baju raya dan berbuka puasa di restoran McDonald's Malaysia sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri.

7. Sambutan Hari Guru

McDonald's Malaysia telah mengadakan satu program dimana cikgu daripada 25 buah sekolah yang terpilih dijemput ke restoran McDonald's untuk menjalankan aktiviti - activity yang menarik dan juga menjamu selera. Bukan sahaja itu, McDonald's Malaysia juga telah memberikan kupon McChicken secara percuma kepada cikgu - cikgu dari sekolah yang terpilih sempena Sambutan Hari Guru 2015.

Secara konklusinya, kami di #KLChronicle melihat McDonald's Malaysia telah melakukan pelbagai program social korporat untuk rakyat Malaysia. Malah program CSR McDonald's Malaysia ini bukan sahaja kepada anak - anak kecil tetapi juga melibatkan umat Islam dan juga guru - guru tempatan. Ini membuktikan bahawa program serta sumbangan McDonald's Malaysia meliputi keseluruhan strata masyarakat di negara ini tanpa ada pilih kasih dengan mana - mana pihak.

Kami berharap McDonald's Malaysia akan terus memberikan sumbangan kepada masyarakat kerana kami percaya ini adalah cara terbaik untuk McDonald's Malaysia untuk mendekatkan diri mereka dengan pengguna. Apa pendapat pembaca?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget