KL CHRONICLE: Part 1: Senarai Sumbangan McDonald's di Malaysia #DemiRakyat #KLChronicle

Tuesday, February 23, 2016

Part 1: Senarai Sumbangan McDonald's di Malaysia #DemiRakyat #KLChronicle

 
Syabas dan Tahniah diucapkan kepada pihak McDonald's Malaysia kerana sepanjang Tahun 2015 McDonald's Malaysia telah melakukan banyak Corporate Social Responsibility (CSR) programs di seluruh Negara. Program - program CSR ini telah menyentuh hati dan sanubari pelbagai lapisan masyarakat dari kanak - kanak sehingga orang tua. Namun, perkara ini tidak pernah didedahkan oleh McDonald's Malaysia. Sebab itu, hari ini kami di #KLChronicle ingin "membongkar" perkara ini kepada anda semua.
 
Ronald McDonald House Charities (RMHC)
 

 
Bagi mereka yang pernah pergi ke McDonald's, anda tentu perasan bahawa di setiap kaunter McDonald's terdapat satu tabung. Tabung tersebut adalah untuk pengguna menderma kepada Ronald McDonald House Charities (RMHC). Sehingga akhir Tahun 2015, kutipan tabung derma tersebut telah mencapai jumlah RM813,440. Duit tersebut telah digunakan untuk aktiviti RMHC, bantuan banjir dan juga peristiwa gempa bumi di Sabah.
 
Bantuan mangsa banjir
 
Pada Januari - Februari 2015, kita dikejutkan dengan peristiwa banjir yang paling teruk dalam sejarah negara terutamanya di kawasan Pantai Timur. Jumlah sumbangan McDonald's Malaysia kepada mangsa banjir adalah berjumlah RM 425,000. Jumlah sumbangan tersebut telah digunakan untuk membaikpulih 34 buah sekolah yang telah rosak akibat banjir tersebut. Duit itu juga digunakan untuk membina/baik pulih surau, membeli kerusi, meja dan sebagainya bagi anak - anak untuk pembelajaran mereka.
 
Bantuan Mangsa Gempa Bumi Sabah
 
 
Tahun lepas, negara dikejutkan dengan kejadian gempa bumi di Gunung Kinabalu, Sabah. Menyedari bahawa rakyat Sabah memerlukan bantuan kemanusian dan juga bantuan - bantuan lain, McDonald's Malaysia telah memberikan bantuan sebanyak RM 100,000 melalui penjualan air "frozen" dan juga sumbangan dari pelanggan McDonald's Malaysia. Dana tersebut telah digunakan untuk membantu keluarga 4 orang malim gunung yang telah terkorban dalam kejadian tersebut, membantu malim gunung yang telah kehilangan pendapatan dan juga membantu membina semula 3 sekolah yang telah musnah.
 
Konlusinya, bagi kami di #KLChronicle, ini membuktikan McDonald's Malaysia telah memberikan sumbangan yang banyak kepada rakyat Malaysia tidak kira muda atau tua, dari Pantai Timur sehingga ke Gunung Kinabalu bantuan diberi demi rakyat. Ini sekaligus membuktikan McDonald's Malaysia merupakan sebuah badan yang bukan sahaja menjalankan perniagaan (business) tetapi juga sebuah badan kebajikan yang membantu rakyat.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget