KL CHRONICLE: Kini Puteri UMNO Pula Balun Muhyiddin Yassin

Wednesday, February 24, 2016

Kini Puteri UMNO Pula Balun Muhyiddin Yassin


Jangan jadikan krisis dalaman faktor perpecahan UMNO

1.Tanggungjawab seorang pemimpin UMNO adalah menghormati dan memberikan taat setia kepada peraturan serta Perlembagaan parti sendiri.



2.Ia jelas menjadi budaya serta sistem yang perlu dipatuhi dan pada masa sama memastikan sebarang konflik di dalam parti diselesaikan secara matang selain tidak menjadi barah yang merosakkan kepercayaan ahli sendiri.

3.UMNO tidak pernah menghalang sebarang kritikan atau teguran kepada pemimpin lain demi keutuhan parti namun jelas ia perlu dibuat dalam saluran betul serta perbincangan yang membuka ruang kepada semua pihak untuk memberikan pendapat secara demokrasi.

4.Jelas, tindakan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang beberapa kali membuat kenyataan terbuka terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan kesan terhadap institusi parti.

5.Ia jelas menimbulkan reaksi daripada beberapa pemimpin UMNO selain menimbulkan spekulasi yang pelbagai di kalangan ahli parti sendiri terhadap orang nombor dua UMNO itu.

6. Golongan muda hari ini cukup jelak dengan apa yg berlaku serta kerenah dan sikap yang ditunjukkan oleh orang lama .Orang muda juga tidak mahu sebarang perpecahan parti terjadi disebabkan krisis dalaman yang melanda. Paling penting sebarang permasalahan yang berlaku dapat diselesaikan dengan jalan terbaik dan mengikut Perlembagaan UMNO kerana jelas sekiranya tidak ditangani dengan baik ianya membawa kerugian kepada kita sendiri.

7. Hasrat anak muda sebagaimana sokongan bagi melihat kemajuan negara di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terbantut dengan isu-isu yang hanya melemahkan parti sekali gus dapat mengurangkan kepercayaan kumpulan berkenaan untuk terus menyokong UMNO pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. 

8.Sebarang spekulasi berkenaan dengan sebarang keputusan yang akan diambil pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO Jumaat ini eloklah kita hentikan.

9.Paling penting adalah misi memperkuatkan jentera dan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap UMNO selepas penjelasan mengenai beberapa isu berkenaan Datuk Seri Najib Tun Razak sudah dijawab dengan terperinci oleh agensi berkenaan termasuk daripada Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali baru-baru ini.

10. Bermain air basah, bermain api hangus. Kami orang muda ingin jalan terus, bekerja terus dengan Presiden serta kepimpinannya. Jalan kita masih jauh, ranjau kita masih berduri.

11.Setiap pemimpin UMNO perlu terus berpegang kepada Perlembagaan dan sebarang keputusan yang dicapai pasti mempunyai rasional tersendiri untuk kebaikan parti. 

Datuk Mas Ermieyati Samsudin
Ketua Pergerakan Puteri UMNO
Ahli Majlis Tertinggi UMNO
24 Februari 2016

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget