KL CHRONICLE: Kini PAN ajak Muhyiddin Yassin masuk parti

Monday, February 29, 2016

Kini PAN ajak Muhyiddin Yassin masuk parti

 
Parti Amanah Negara (PAN) yang dipimpin oleh sahabat baik Lim Guan Eng iaitu Mat Sabu kini mengajak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyertai parti itu untuk melakukan perubahan kepada rakyat.

Ajakan itu dibuat selepas PKR merayu Muhyiddin menyertai gerakan ‘reformasi’ untuk menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
 


Sinar Harian Online melaporkan bahawa, Pengerusi AMANAH Johor, Aminolhuda Hassan sebagai berkata, sekiranya seluruh ahli UMNO Johor keluar parti dan menyertai mereka, ia membuktikan penyatuan anak-anak Johor dalam bersama melakukan gelombang perubahan negara.
 
“Dua sosok anak Johor, (bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam dan Muhyiddin) ini menggambarkan betapa bangsa Johor dilihat gah dalam kepimpinan negara. Kedua-duanya merupakan pemimpin yang berprinsip.

“Saya selaku pengerusi  dengan ini mengajak seluruh rakyat Johor tidak kira dari parti mana dan kaum apa untuk sama-sama buktikan, bangsa Johor bakal mengetuai gelombang perubahan rakyat!” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurutnya lagi, Muhyiddin bersama Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohd Khaled Nordin perlu berjuang untuk membebaskan negara daripada segala permasalahan dan skandal.

“Bersamalah dengan PAN sekali gus bergabung padu dengan Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP. Kita bersatu demi keadilan dan kemajuan bangsa Johor dan Malaysia,” katanya lagi.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget