KL CHRONICLE: #DemiRakyat SPAD Terbuka Kepada Perbincangan Dengan Consortium Zenith

Tuesday, February 16, 2016

#DemiRakyat SPAD Terbuka Kepada Perbincangan Dengan Consortium Zenith

 
Menyedari bahawa terdapat peluang yang besar dan lumayan dalam industri rangkaian rel perkhidmatan kargo di negara ini, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengambil dasar bersikap terbuka kepada perbincangan dengan Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd bagi merealisasikan idea untuk memperkembangkan dan mempertingkatkan  industri rangkaian rel perkhidmatan kargo yang dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB).
 

 
Ini adalah susulan daripada cadangan Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd yang mahu meluaskan rangkaian rel perkhidmatan kargo tempatan ke tahap yang lebih membanggakan. Menurut kenyataan rasmi SPAD:
 
"SPAD ingin menyatakan bahawa pihak Suruhanjaya belum lagi menerima apa-apa permohonan rasmi bagi mendapatkan lesen tersebut daripada Consortium Zenith.

"Oleh itu, kenyataan daripada syarikat berkenaan bahawa ia sedang menunggu kelulusan SPAD seperti mana yang dilaporkan oleh media, adalah tidak tepat,"
 
Menurut laporan didalam akhbar tempatan, dalam usaha untuk mempelbagaikan perniagaannya, Consortium Zenith BUCG memperuntukkan RM800 juta untuk menempatkan kedudukannya menjadi pengendali kereta api kargo yang mencatat keuntungan dan mampan.
 
Bagi kami di #KLChronicle, terdapat dua perkara yang penting didalam artikel yang disiarkan ini. Pertama sekali, iaitu SPAD terbuka mendengar pendapat serta berbincang dengan mana - mana pihak bukan sahaja Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd bagi mempertingkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam darat Negara demi kesejahteraan rakyat.

Kedua, kenyataan Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd bahawa syarikat tersebut kini menanti kelulusan SPAD bagi meluaskan rangkaian rel perkhidmatan kargo tempatan adalah tidak tepat. Malah, belum ada sebarang permohonan yang dilakukan oleh mana - mana konsortium bagi mendapatkan lesen perkhidmatan kargo menggunakan rel.
 
Secara peribadinya, kami yakin SPAD akan menilai segala pro dan kontra permohonan yang dilakukan oleh mana - mana syarikat sebelum membuat satu keputusan. Sudah terbukti sejak penubuhan SPAD, SPAD telah banyak membuat keputusan yang positif demi rakyat dan kadang - kala cuba mencapai situasi menang - menang bersama pemain industri tempatan.
 
Oleh itu diharap tidak ada pihak yang menyebarkan cerita palsu mengatakan bahawa SPAD lewat dalam memberikan kelulusan kepada Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd dan sebagainya kerana ini adalah tidak tepat sama sekali.

 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget