KL CHRONICLE: #DemiRakyat SPAD Susun Semula 7 Laluan Bas #BNR

Saturday, February 6, 2016

#DemiRakyat SPAD Susun Semula 7 Laluan Bas #BNR



#DemiRakyat SPAD Susun Semula 7 Laluan Bas #BNR

Bas Network Revamp (BNR), sebuah transformasi pengangkutan awam darat yang diterajui oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mendapat pujian dari ramai pihak. Malah, jika dilihat di sekitar Kuala Lumpur terutamanya di Jalan Ampang, terdapat puluhan bas RapidKL yang beroperasi dengan kadar kekerapan cuma beberapa minit. Perkembangan positif ini adalah hasil transformasi yang dilakukan oleh SPAD. 




Namun, seperti banyak program transformasi yang dilakukan oleh kerajaan, terdapat juga beberapa kelemahan didalam program BNR ini. Oleh itu, untuk menambah baik perkhidmatan laluan bas BNR bagi memenuhi kehendak rakyat, pihak SPAD telah melakukan satu penyusunan semula. Ini juga dilakukan memandangkan terdapat permintaan yang tinggi dari pengguna. 

Penyusunan semula laluan telah dilakukan di dua koridor iaitu Sungai Besi dan Koridor Jalan Klang Lama. 7 laluan telah ditambahbaik dalam dua koridor ini iaitu:

  1. Laluan 523 (Dengkil - IOI City Mall melalui Putrajaya / Cyberjaya)
  2. Laluan 608 (IOI Mall Puchong -  Dengkil melalui Pulau Meranti)
  3. Laluan 541 (Pasar Borong Selangor - IOI Mall Puchong)
  4. Laluan 671 (Flat Enggang Kinrara - HAB Pasar Seni)
  5. Laluan T570 (UPM - KTM Serdang melalui Serdang Jaya)
  6. Laluan T601 (Puching Prima - Saujana Puchong Utama)
  7. Laluan 670 (PPR Muhibbah - HAB Pasar Seni)
Bagi kami di #KLChronicle, tindakan yang diambil oleh SPAD ini wajar diberi pujian. Inii kerana SPAD mengambil berat maklum balas yang diberikan oleh rakyat dan jika maklum balas tersebut mempunyai kelebihan untuk diaplikasi, SPAD mengambil tindakan membaik pulih perkhidmatan mereka demi rakyat. Oleh itu, tindakan "nakal" sesetengah pihak yang mengkritik SPAD adalah tidak wajar sama sekali. 

Jelas sekali, pihak ini mempunyai kepentingan peribadi dan tidak berfikir demi kesejahteraan rakyat. Bagi mereka yang ingin tahu dengan lebih lanjut tentang BNR, anda boleh membaca link - link berikut:


Artikel berkaitan BNR boleh dibaca disini:


Part 2 : #Tahukah Anda Pelaksanaan Bus Network Revamp (BNR) Membantu Pengguna Kuala Lumpur? - See more at:http://thekl-chronicle.blogspot.my/2015/12/part-2-tahukah-anda-pelaksanaan-bus.html#sthash.LXbdZp8b.dpuf

Part 1 : 5 Fakta Anda Perlu Tahu Tentang Bus Network Revamp (BNR) - See more at: http://thekl-chronicle.blogspot.my/2015/12/part-1-5-fakta-anda-perlu-tahu-tentang.html#sthash.F9egtuJ8.dpuf

@LiowTiongLai Yakin Bas Network Revamp (BNR) akan beri faedah kepada rakyat - See more at: http://thekl-chronicle.blogspot.my/2015/12/liowtionglai-yakin-bas-network-revamp.html#sthash.1jVOcbPl.dpuf

Dibawah juga disertakan kenyataan akhbar SPAD berkaitan penyusunan semula 7 laluan bas di bawah BNR kepada RapidKL dan Nadi Putra :





No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget