KL CHRONICLE: Datuk Seri @LiowTiongLai Sahkan Pengusaha Pengangkutan Bauksit Setuju Dengan Syarat Penggunaan Lori Paka

Tuesday, February 16, 2016

Datuk Seri @LiowTiongLai Sahkan Pengusaha Pengangkutan Bauksit Setuju Dengan Syarat Penggunaan Lori Paka


Menyedari bahawa isu bauksit ini merupakan satu isu yang kontroversi serta melibatkan kesejahteraan di kawasan Kuantan, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai telah mengesahkan bahawa hanya lori jenis paka sahaja dibenarkan mengangkut bauksit. Keputusan kerajaan ini telah mendapat persetujuan semua pengusaha pengangkutan bauksit di Pahang tanpa sebarang bantahan. Arahan ini berkuatkuasa selepas tempoh moratorium berakhir April ini.


Bagi memastikan arahan ini dipatuhi oleh semua pengusaha bauksit, Datuk Seri Liow Tiong Lai juga mahu semua lori paka ini didaftarkan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan proses pendaftaran dilakukan secara berterusan. Setiap kontraktor perlu melaporkan berapa buah lori yang akan digunakan. Ini adalah untuk memastikan tidak ada pengusaha haram menjalankan operasi melombong serta mengangkut bauksit.

Datuk Seri Liow Tiong Lai juga memberi jaminan bahawa Kementerian Pengangkutan akan memantau dengan rapi supaya tiada bauksit disimpan di Pelabuhan Kuantan, selepas proses mengeksport bahan mineral itu bermula.  Ini adalah untuk memastikan bahawa tidak lagi berlaku kes dimana ada limpahan bauksit kedalam laut seterusnya menyebabkan pencemaran air berlaku seperti yang berlaku sebelum ini.  

Bagi kami di #KLChronicle, tiga langkah yang diambil oleh Datuk Seri Liow Tiong Lai iaitu:

1. Hanya lori paka dibenarkan untuk mengangkut bauksit
2. Pendaftaran lori paka oleh pengusaha dengan jumlah lori digunakan dilaporkan kepada JPJ
3. Pemantauan berterusan oleh pihak Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

Merupakan satu tindakan yang positif dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat Kuantan. Ini menunjukkan serta membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional mengambil berat terhadap kesejahteraan rakyat dan dalam semua isu input daripada masyarakat setempat diambil sebelum satu – satu keputusan dilakukan. Namun, segala usaha kerajaan ini mendapat cemuhan dari pemimpin pembangkang terutamanya Ahli Parlimen Kuantan yang hanya tahu mengkritik dan memfitnah namun tidak membantu apa – apa pun. Adakah ini wajar?
Renungkanlah.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget