KL CHRONICLE: Daniyar Kessikbayev jawab fitnah jijik Dr. Mahathir

Thursday, February 18, 2016

Daniyar Kessikbayev jawab fitnah jijik Dr. Mahathir

 
Menantu Perdana Menteri, Daniyar Kessikbayev menafikan dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya Datuk Seri Najib Tun Razak memberi 16 tong hadiah kepada keluarga beliau pada majlis pertunangan dengan Nooryana Najwa pada 17 Jun 2011.
 
Daniyar menjelaskan, hadiah itu sebaliknya adalah pemberian pihak keluarga lelaki kepada keluarga Perdana Menteri dan juga bakal tunangnya ketika itu, Nooryana Najwa.
 


Katanya, tidak pernah wujud 16 tong hadiah seperti yang didakwa Dr Mahathir tetapi hanya 16 kotak hadiah yang diberikan kepada tunangnya, yang menjadi sebahagian tradisi masyarakar Kazakhstan.

“Saya ingin menjelaskan bahawa hadiah berkenaan adalah daripada saya sebagai mahar kepada Nooryana yang diberikan dalam 16 kotak bukannya 16 tong.

“Sebagai bakal suami pada masa itu, pemberian tersebut merupakan sebahagian daripada tradisi masyarakat Kazakhtan untuk bakal isteri pada masa akan datang termasuk barang kemas, minyak wangi dan sutera.

“Pemberian hadiah ini wajar untuk keluarga saya mengekalkan tradisi kami. Malah kami berbangga untuk berkongsi warisan Kazakhstan bersama keluarga baru di Malaysia,” katanya.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget