KL CHRONICLE: Awas @OfficialJohor , Pasukan @feldaunitedfc The Fighters Sasar Satu Piala Tahun Ini

Sunday, February 7, 2016

Awas @OfficialJohor , Pasukan @feldaunitedfc The Fighters Sasar Satu Piala Tahun Ini




Pasukan FELDA United, antara pasukan "favourite" tahun ini dalam saingan liga Malaysia musim ini mensasarkan sekurang - kurangnya satu piala. Psaukan yang diberi jolokan "The Fighters" itu kini mempunyai kombinasi mantap antara pemain pemuda, berpengalaman dan juga tonggak import yang rata - rata berpengalaman bermain dalam liga Eropah. 

Menurut jurulatih "The Fighters" iaitu Irfan Bakti Abu Salim:



"Barisan pemain kita tidak banyak berbeza...cuma saya mengambil pemain import baharu dan mengurangkan pemain yang agak berumur berbanding musim lepas," katanya pada sidang media selepas perasmian gelanggang sendiri iaitu Stadium Tun Abdul Razak (STAR).

Stadium Tun Abdul Razak (STAR) merupakan stadium "state of the art" pasukan FELDA United. Kami di #KLChronicle pernah menceritakan dan berkongsi video STAR di portal kami beberapa bulan lepas. Video tersebut boleh dilihat disini:

WoW! Video Terbaru Stadium FELDA United pasti buat anda terpegun! : http://thekl-chronicle.blogspot.my/2016/01/wow-video-terbaru-stadium-felda-united.html

Bagi #KLChronicle, sasaran Coach Irfan adalah realistik. Ini kerana jika dilihat dari barisan pemain The Fighers, mereka terdiri daripada  dua pemain import iaitu pemain pertahanan dari Brazil, Gilberto Carlos Marangoni dan pemain tengah dari Uzbekistan, Lutfulla Turaev, untuk mencapai sasaran itu. Malah The Fighters juga mempunyai tonggak kebangsaan iaitu bekas kapten kebangsaan Shukor Adan dan Khairul Ismail yang dilihat masih mampu menunjukkan prestasi cemerlang bagi membimbing pemain muda.

Selain itu, kami juga yakin dengan sokongan padu anak - anak FELDA yang sudah pastinya akan membanjiri STAR, The Fighters akan menjadi salah satu pasukan yang disegani pada musim ini. Kami warga #KLChronicle ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan The Fighters dan semoga sasaran tahun ini menjadi kenyataan. !!

Good Luck!

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget