KL CHRONICLE: Akhirnya Husam dirujuk kepada jawatankuasa disiplin PAS

Saturday, February 13, 2016

Akhirnya Husam dirujuk kepada jawatankuasa disiplin PAS



Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa akan dirujuk kepada jawatankuasa disiplin parti ekoran kritikan tidak berasasnya terhadap kepimpinan parti, kata Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.



Beliau berkata, nasib Husam akan diputuskan jawatankuasa yang dipengerusikan Dr Daeng Sanusi Daeng Mariok.

"Selepas mengkaji semua aspek termasuk mematuhi prinsip-prinsip asas yang ada, peraturan terhadap tindakan berat sebelah dan konflik kepentingan, Jawatankuasa PAS pusat membuat keputusan yang aduan tatatertib hendaklah diberikan kepada jawatankuasa disiplin parti untuk membuat keputusan mengikut undang-undang dan perlembagaan PAS yang bersesuaian," katanya pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.


"Mesyuarat itu juga meminta jawatankuasa disiplin menimbang dan memutuskan kes ini secepat mungkin untuk mengelakkan kesan buruk, tuduhan berterusan dan merugikan parti," katanya.

Beliau berkata, PAS menerima terlalu banyak aduan mengenai Husam daripada beberapa pihak termasuk di Kelantan.

Husam yang juga Ahli Dewan Undangan Salor lantang mengecam kepimpinan parti dengan berkata tiada apa yang salah mengenai tindakan mengkritik kepimpinan kerana ia dibenarkan dalam Islam.

Antara kritikan beliau adalah berhubungan rancangan parti membaiki hubungan dengan Umno dan pelaksanaan undang-undang jenayah Islam, hudud. – 13 Februari, 2016.

  

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget