KL CHRONICLE: WoW! Video Terbaru Stadium FELDA United pasti buat anda terpegun!

Wednesday, January 6, 2016

WoW! Video Terbaru Stadium FELDA United pasti buat anda terpegun!



Tahniah diucapkan kepada pasukan FELDA United yang kini akan berpindah ke stadium baru mereka yang diberi nama Stadium Tun Abdul Razak. Stadium baru FELDA United ini terletak di Bandar Jengka, Pahang. Menyedari bahawa selama ini FELDA United tidak mempunyai gelanggang tetap dan terpaksa menumpang di Stadium Selayang, pengurusan FELDA telah mengambil keputusan untuk membina stadium sendiri bagi memudahkan pasukan dan juga penyokong FELDA United. Ini kerana buat pertamanya kalinya FELDA United mempunyai stadium mereka sendiri yang dibiayai 100% oleh FELDA. 



Lebih menarik lagi, jika sebelum ini pasukan Johor Darul Takzim (JDT) diberi pujian kerana mempunyai stadium yang "world class", kini peneroka serta anak-anak FELDA juga boleh berbangga kerana Stadium Tun Abdul Razak juga boleh diklasifikasikan sebagai "World Class". Ini kerana stadium ini menggunakan Rumput tiruan gred 2 stars yang direkomen oleh Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA). Rumput tiruan jenis ini lulus untuk sebarang perlawanan Asia Football Championship (AFC) Cup dan kejohanan antarabangsa. 

Ini sekaligus membolehkan Stadium Tun Abdul Razak di Jengka menjadi hos perlawanan antarabangsa sekaligus memberi peluang anak serta peneroka FELDA melihat perlawanan bola sepak yang berkualiti tinggi secara langsung di stadium tanpa perlu turun ke Kuala Lumpur. Malah, memandangkan stadium Tun Abdul Razak terletak di Bandar Jengka, iainya  akan memudahkan penyokong FELDA United dari 30 tanah rancangan di sekitar stadium untuk datang memberikan sokongan kepada pasukan FELDA United.

Bagi kami di #KLChronicle, tindakan pengurusan FELDA yang telah memberi komitmen tinggi serta pelaburan yang besar bagi menjayakan projek stadium Tun Abdul Razak wajar diberi pujian. Ini kerana, walaupun FELDA United bukanlah bertaraf sebuah pasukan "negeri" namun komitmen serta kesungguhan pengurusan serta pasukan FELDA United untuk menjadikan FELDA antara pasukan terbaik membuktikan bahawa penyertaan FELDA United di kancah persaingan bola sepak tempatan bukanlah hanya seperti melepaskan batuk di tangga. 

Kesungguhan FELDA ini bagi kami di #KLChronicle patut menjadi satu "eye opener" kepada pasukan - pasukan negeri yang lain. Jika mahu berjaya dalam pertandingan bola sepak, pasukan perlu melakukan pelaburan yang tinggi dan FELDA telah membuktikan bahawa mereka komited bagi memastikan FELDA United mencapai kejayaan pada tahun ini.Good Luck!!

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget