KL CHRONICLE: Tan Sri Isa Samad : Projek RM 3.2 Billion FELDA & ENCORP akan siap dalam masa 14 tahun

Thursday, January 21, 2016

Tan Sri Isa Samad : Projek RM 3.2 Billion FELDA & ENCORP akan siap dalam masa 14 tahun



Menyedari hakikat bahawa pembangunan sektor hartanah antara yang sedikit stabil buat masa ini memandangkan harga minyak mentah dunia serta ekonomi yang tidak stabil, Pengerusi FELDA dan ENCORP Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad telah mengumumkan satu pembangunan projek perbandaran bersepadu Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan Encorp Bhd bernilai RM3.2 bilion di Melaka.





Projek berskala mega ini akan dilaksanakan secara tiga fasa dan siap dalam tempoh 14 tahun. Bagi kami di #KLChronicle, langkah kepimpinan FELDA & ENCORP membahagikan projek ini kepada 3 fasa merupakan satu tindakan yang bijak. 

Ini kerana dengan membahagikan projek kepada 3 fasa, FELDA serta ENCORP dapat mengurangkan risiko dalam projek ini serta mengurangkan Capital Expenditure (CAPEX) mereka by stretching it till 14 years. Memetik kenyataan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad:

"Setiap fasa projek itu akan mengambil masa sehingga tiga tahun untuk siap memandangkan pasaran hartanah yang kurang memberangsangkan, bagaimanapun, kami percaya ini adalah kitaran biasa," 

"Nilai tanah projek itu adalah RM12.58 kaki persegi dan kami melihat pulangan pelaburan yang minimum sebanyak 18 peratus," katanya.

Konklusinya, tindakan FELDA dan ENCORP membangunkan perbandaran di Melaka adalah tepat. Ini kerana ketika ramai pemaju hartanah memberi fokus kepada Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang untuk projek mereka, FELDA dan ENCORP fokus di Melaka dimana jumlah pelancong adalah sangat tinggi dan ramai rakyat Malaysia yang kaya mahukan rumah di Melaka sebagai rumah percutian.

Tahniah FELDA & ENCORP!

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget