KL CHRONICLE: Tan Sri Isa Samad dilantik menjadi Felo di William Pitt College, Cambridge

Monday, January 18, 2016

Tan Sri Isa Samad dilantik menjadi Felo di William Pitt College, Cambridge



Walaupun dikritik oleh pelbagai pihak, terutamanya oleh pihak pembangkang, Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad hari ini membuktikan kewibawaan beliau menerajui syarikat konglomerat bumiputera terbesar di negara ini iaitu FELDA apabila beliau telah dilantik menganggotai Felo William Pitt Kolej Pembroke, Universiti Cambridge. 



Ini susulan daripada satu keputusan strategik dan berpandangan jauh diambil oleh FELDA untuk melatih pengurusan FELDA di Kolej Pembroke, Universiti Cambridge. Hubungan baik antara kumpulan FELDA, Kolej Pembroke dan Universiti Cambridge yang di bina selama ini telah membolehkan pengurusan FELDA diberi pendedahan tentang selok belok urusan perniagaan dari antara sebuah universiti yang terbaik di dunia. 

Malah, memandangkan kerjasama dengan Kolej Pembroke dan Universiti Cambridge adalah memberangsangkan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad juga telah  mengumumkan satu kerjasama antara Yayasan FELDA dengan Universiti Cambridge dalam bidang nano karbon untuk mengeluarkan graphine. Salah satu produk yang berpotensi besar untuk dipasarkan. 

Bagi kami di #KLChronicle, langkah FELDA untuk mengadakan kerjasama dengan Universiti Cambridge merupakan satu langkah yang sangat bijak dan wajar diberi pujian. Ini kerana bagi memacu FELDA dalam menghadapi pasaran terbuka serta dalam era globalisasi FELDA memerlukan input dari pakar-pakar di seluruh dunia. 

Malah, dengan anugerah yang diberikan oleh Universiti Cambridge kepada Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, ianya merupakan satu "endorsement"  terhadap kewibawaan serta kebolehan Tan Sri Mohd Isa menerajui FELDA. Lebih-lebih lagi kini dalam keadaan ekonomi yang kurang memberangsangka dengan harga komoditi dunia yang semakin jatuh. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget