KL CHRONICLE: #TahukahAnda Cara Pengedaran & Pemprosesan Makanan McDonald's Malaysia ?

Tuesday, January 19, 2016

#TahukahAnda Cara Pengedaran & Pemprosesan Makanan McDonald's Malaysia ?


Umum ketahui bahawa kami di #KLChronicle telah mengambil langkah untuk memberikan penerangan terperinci tentang McDonald's Malaysia. Ini merupakan langkah serta komitmen kami untuk memastikan syarikat - syarikat milik tempatan tidak difitnah sekaligus menyebabkan mereka kehilangan pendapatan dan akhirnya ramai orang terpaksa diberhentikan kerja. 

Hari ini, kami ingin menceritakan tentang  Cara Pengedaran & Pemprosesan Makanan McDonald's Malaysia. Bukan sahaja itu, kami juga akan menceritakan tentang komitmen tinggi dan keutamaan McDonald's Malaysia untuk memastikan Memastikan Kebersihan Premis dan Keselamatan Makanan. Sebelum kami menulis dengan lebih lanjut, pernahkah anda dengar tentang syarikat MacFood Services (M) Shd Bhd? 



Bagi mereka yang tidak tahu, MacFood Services (M) Shd Bhd merupakan pembekal utama McDonald's Malaysia. Ini bermaksud, hampir keseluruhan bahan mentah di McDonald's Malaysia dibekalkan oleh MacFood Services (M) Shd Bhd. Lebih membanggakan, MacFood Services (M) Shd Bhd mempunyai hampir 25 tahun pengalaman bekerjasa dengan McDonalds' Malaysia. 

Sebab utama syarikat MacFood Services (M) Shd Bhd boleh bertahan selama 25 tahun adalah kerana mereka telah mendapat pengiktirafan daripada pihak antarabangsa dan tempatan. Pengiktirafan yang diterima ini adalah dalam kawalan dan ujian piawaian yang ketat dalam mengeluarkan produk berkualiti tinggi.  Ini bermaksud, segala produk keluaran MacFood Services (M) Shd Bhd mencapai kualiti pihak antarabangsa. 


Lebih manis lagi, segala kemudahan yang digunakan oleh MacFood Services (M) Shd Bhd dipastikan berada dalam keadaan bersih serta memenuhi syarat-syarat Halal yang ditetapkan oleh JAKIM serta McDonald's Malaysia. Untuk pengetahuan pembaca, bukan sahaja McDonald's Malaysia memastikan kebersihan makanan mereka, malah juga mengambil berat dan langkah lebih dalam memastikan premis McDonald's Malaysia berada pada tahap kebersihan yang paling tinggi. 

Ini dicapai dengan pemeriksaan berkala yang dilakukan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi memastikan tiada pencemaran najis di tempat penyimpanan, penghidangan, pengendalian dan pembungkusan. Malah, kerjasama antara McDonald's Malaysia dan JAKIM sangat erat dimana setiap kali pemeriksaan JAKIM diadakan, McDonald's Malaysia akan memberikan kerjasama yang sangat baik bagi memastikan keselamatan pekerja dan kebersihan dipatuhi setiap masa.

Bagi kami di #KLChronicle, telah terbukti bahawa McDonalds Malaysia mengambil langkah lebih dalam memastikan sumber, produk makanan, kebersihan pekerja dan premis diberi perhatian yang sangat teliti. Malah, mereka juga antara restoran yang mempunyai kerjasama yang erat dengan JAKIM. Persoalannya, adakah kita  lihat komitmen ini pada restoran - restoran lain?

Rujukan

Artikel - artikel terdahulu kami di #KLChronicle yang melibatkan McDonald's Malaysia adalah seperti berikut:

Makanan McDonald's 100% Halal, Tiada Langsung Kompromi - See more at: http://thekl-chronicle.blogspot.my/2016/01/makanan-mcdonalds-100-halal-tiada.html#sthash.0HYPTdpH.dpuf

Penjelasan Terperinci Proses Penyediaan Makanan di McDonald's Malaysia - See more at: http://thekl-chronicle.blogspot.my/2016/01/penjelasan-terperinci-proses-penyediaan.html#sthash.9IxYNQ89.dpuf

Pembaca boleh menjadikan artikel - artikel ini sebagai rujukan jika timbul apa - apa isu atau fitnah terhadap McDonald's Malaysia. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget