KL CHRONICLE: Syabas & Tahniah Datuk @AKaprawi Lantik Anak Muda Sebagai Ketua Kampung

Wednesday, January 20, 2016

Syabas & Tahniah Datuk @AKaprawi Lantik Anak Muda Sebagai Ketua Kampung



Menyedari hakikat bahawa anak muda dapat memberi sumbangan yang besar kepada kawasan parlimen Sri Gading, Ahli Parlimen dan Timbalan Menteri Pengangkutan iaitu Datuk Aziz Kaprawi telah mengambil langkah proaktif dengan melantik 3 orang anak muda iaitu Saudara Majdan Jamain, Saudara Zaliman Basar dan Saudara Nizam Lajis sebagai ketua kampong. Ketiga – tiga mereka ini berumur awal 40-an



Bagi kami di #KLChronicle, ini membuktikan bahawa Datuk Aziz Kaprawi “walk the talk” dalam mentransformasikan kepimpinan dikawasan parlimen beliau dengan menjadikan anak muda sebahagian daripada pucuk kepimpinan sekaligus memberikan mereka tanggungjawab menjaga kampung masing – masing. 

Ini konsisten dengan aspirasi dan visi Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak yang mahu meremajakan UMNO dan memastikan parti mempunyai barisan pelapis yang dinamik serta berkemampuan untuk memimpin parti pada masa hadapan. 

Diharap kepercayaan yang diberikan oleh Datuk Aziz Kaprawi kepada ketiga – tiga anak muda ini dapat dicontohi oleh pemimpin Barisan Nasional yang lain. Kepada Majdan Jamain, Zaliman Basar dan Nizam Lajis jalankan amanah yang diberi dengan ikhlas kerana tanggungjawab menjadi ketua kampung bukanlah satu perkara yang mudah.

Jangan malu dan segan meminta pendapat atau nasihat Datuk Aziz Kaprawi jika mempunyai sebarang masalah.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget