KL CHRONICLE: @Rafiziramli mahu Mahathir buka mulut jawab kemelut dalam Petronas

Sunday, January 3, 2016

@Rafiziramli mahu Mahathir buka mulut jawab kemelut dalam Petronas


Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mengesyaki pembelian saham Progress Energy yang tinggi oleh Petronas disebabkan campurtangan pihak tertentu, termasuk perdana menteri sendiri.

RafiziKatanya, Tun Dr Mahathir Mohamad yang melepaskan jawatan sebagai penasihat Petronas mungkin lebih mengetahui dan mahukan bekas Perdana Menteri itu menjawab kemelut yang berlaku dalam syarikat minyak terbesar negara itu.



“Apabila ada isu-isu begini mungkin Mahathir sedia maklum dan sebab itu pandangan beliau mengenai perkara ini boleh membawa lebih banyak maklumat kepada kita.

“Saya tidak menolak (ada campur tangan Najib dan orang beliau). Tetapi lebih baik kalau kita dengar daripada mulut Mahathir sendiri.

“Cuma yang pasti ialah keputusan-keputusan begini membayangkan seolah-olah ada banyak campur tangan dalam Petronas akhir-akhir ini,” katanya kepada Keadilandaily.

Rafizi dalam sidang medianya 17 Disember lalu percaya Petronas dipengaruhi untuk membeli Progress Energy pada harga yang begitu tinggi tanpa mengikut pertimbangan semasa.

Beliau percaya pembelian ini salah satu faktor menyebabkan Mahathir meletakkan jawatan sebagai penasihat Petronas.

“Mungkin keputusannya tidak dihormati dan kurang bersetuju dengan campur tangan yang berlaku.

“Sebelum ini hanya beliau yang ada pengaruh tetapi sekarang Najib dan orang-orang beliau juga mempunyai pengaruh,” ujar Rafizi.

petron_logoTambah Rafizi, beliau tidak menolak kemungkinan perletakkan jawatan Mahathir juga kerana matlamat yang tidak tercapai untuk menguasai industri minyak

“Keluarga Mahathir mempunyai operasi minyak yang kedua terbesar di negara ini selepas Petronas. Mereka ada Kencana-Sapura di huluan dan Petron di hiliran serta kilang penapis minyak dan sebagainya.

“Saya percaya Mahathir yang berada lama dalam Petronas dan mengetahui banyak rahsia mengenainya boleh menggunakan modal tersebut sebagai senjata untuk menyerang pihak Najib,” katanya lagi.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget