KL CHRONICLE: PRASARANA SAMBUT BAIK KOMITMEN KERAJAAN UNTUK PROJEK PENGANGKUTAN AWAM

Thursday, January 28, 2016

PRASARANA SAMBUT BAIK KOMITMEN KERAJAAN UNTUK PROJEK PENGANGKUTAN AWAM



Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menyambut baik komitmen Kerajaan untuk tetap meneruskan projek-projek yang berimpak tinggi kepada rakyat khususnya projek LRT3, MRT dan projek Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR), yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri dalam Perutusan Khas Pengubahsuaian Bajet 2016.




“Prasarana bersetuju bahawa walaupun negara menghadapi cabaran kewangan ekoran penurunan harga minyak sekarang, projek-projek infrastruktur pengangkutan awam seperti LRT3 mempunyai kesan penggandaan tinggi kepada rakyat dari aspek pulangan jangkamasa panjang,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Datuk Azmi Abdul Aziz.

Tambah beliau, projek-projek infrastruktur pengangkutan awam seperti LRT3, HSR dan jajaran-jajaran baru MRT adalah penting dalam aspirasi kerajaan untuk meningkatkan produktiviti rakyat dan hasil negara.

“Sistem pengangkutan awam yang efisien perlu bertulang-belakangkan kepada perkhidmatan rel, bagi menyediakan mobiliti dan ketersambungan atau ‘connectivity’ yang baik,” kata Azmi.

- tamat -

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget