KL CHRONICLE: Perdana Menteri @NajibRazak Rasmi Wisma Huazong , pemimpin @dapmalaysia diboikot #KekalNajib

Monday, January 18, 2016

Perdana Menteri @NajibRazak Rasmi Wisma Huazong , pemimpin @dapmalaysia diboikot #KekalNajib


Menyedari hakikat bahawa masyarakat Cina mementingkan aktiviti berpersatuan, Datuk Seri Najib Bin Tun Haji Abdul Razak  telah mengambil sedikit masa dari kesibukan beliau untuk merasmikan Wisma Huazong. Wisma Huazong merupakan ibu pejabat kepada  Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Huazong). Umum ketahui bahawa Huazong merupakan antara gabungan pertubuhan Cina yang paling berpengaruh di tanah air.



Huazong ditubuhkan pada 1991 dan berfungsi sebagai persekutuan bagi kesemua Dewan-dewan Perhimpunan Cina negeri-negeri Malaysia di mana bernaungnya semua pertubuhan-pertubuhan Cina seluruh negara bagi memperjuangkan sosio-ekonomi, budaya, pendidikan dan kebajikan rakyat berketurunan Cina di Malaysia. Antara 5 Lima sektor tumpuan Huazong ialah :
  1. Sosial dan alam sekitar
  2. Kebudayaan
  3. Pendidikan
  4. Ekonomi
  5. Politik dan tadbir urus.


Lebih manis lagi, perasmian Wisma Huazong juga telah dihadiri oleh Presiden MCA iaitu  Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden GERAKAN, Datuk Seri Mah Siew Kong. Ini menunjukkan bahawa telah wujud kerjasama erat antara parti - parti politik Barisan Nasional dengan Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia. Kerjasama erat ini sudah pastinya merupakan satu win - win situation bagi masyarakat Cina secara khasnya dan rakyat Malaysia secara amnya. 

Dalam ucapan perasmian beliau, Perdana Menteri yang juga merupakan Presiden UMNO juga telah menyatakan bahawa beliau percaya di bawah kepemimpinan Tan Sri Pheng Yin Huah Huazong terus berperanan mengeratkan hubungan antara kaum di negara ini, di samping dapat memajukan lagi masyarakat Cina sekaligus membangunkan Malaysia menjadi negara yang maju menjelang Tahun 2020. 


Malah, bagi menunjukkan komitmen kerajaan Barisan Nasional dan MCA dalam merealisasikan visi dan misi Huazong, Perdana Menteri telah mengumumkan sumbangan kerajaan sebanyak RM3 juta kepada Huazong. Ini susulan daripada sumbangan sebanyak RM 5 juta yang kerajaan beri sebelum ini menjadikan jumlah keseluruhan sumbangan kerajaan Barisan Nasional kepada Huazong sebanyak RM 8 juta. 

Malah, bukan sahaja sumbangan wang ringgit, Perdana Menteri juga telah menghadiahkan satu set ekslusif kompilasi buku "Si-Quan-Shu Hui-Yao" yang mengandungi 500 buku-buku sejarah lama dan budaya Cina pada majlis tersebut. Bagi kami di #KLChronicle, dengan menjemput Perdana Menteri untuk merasmikan sebuah bangunan yang penting seperti Wisma Huazong ini, ianya membuktikan bahawa NGO - NGO masyarakat Cina kini sudah mula kembali kepada Barisan Nasional. 

Malah, lebih mencurigakan lagi adalah ketiadaan seorang pun pemimpin pembangkang pada majlis perasmian tersebut. Ini membuktikan bahawa masyarakat Cina sudah bosan dengan sikap pemimpin pembangkang yang hanya suka berpolitik tetapi tidak berkhidmat kepada kerajaan. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget