KL CHRONICLE: PaHa Mulai Retak, PAS senyum sinis

Friday, January 8, 2016

PaHa Mulai Retak, PAS senyum sinis



Tiga bulan selepas gabungan pembangkang dibentuk semula sebagai Pakatan Harapan, ia dilaporkan sedang menghadapi pertikaian terbuka pertama di Selangor.


Ini berhubung pembahagian kerusi majlis tempatan untuk Parti Amanah Negara (AMANAH) yang telah diperuntukkan hanya lapan kerusi daripada 34 yang dipohonnya.

Walau bagaimanapun, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli percaya pertikaian itu tidak akan berkekalan walaupun mengakui perbezaan pendapat secara terbuka tidak memberi cerminan baik kepada gabungan baru itu.

“Jika masih ingat, setiap tahun menjelang pelantikan ahli majlis tempatan, ini sentiasa menjadi isu, ia bukan perkara baru.

“Tetapi pemimpin Pakatan perlu menerima hakikat bahawa kita bergelut dengan masalah kerana perbezaan kita,” katanya kepada Malaysiakini.

Rafizi berkata demikian sebagai mengulas kenyataan ketua AMANAH Selangor, Izham Hashim yang melahirkan rasa kecewa dengan bilangan kerusi yang diperuntukkan.

“Mereka perlu berlaku adil kepada kami. Kami mempunyai maruah, pemilihan kami bukan hanya keluar untuk memenuhi kuota,” katanya kepada Malay Mail Online.

Pertikaian itu mengimbau kembali kepada perbezaan secara terbuka dalam Pakatan Rakyat ketika pilihan raya kecil Kajang pada 2014 yang berlarutan sehingga krisis menteri besar Selangor.

Sementara itu, Rafizi berkata walaupun beliau sentiasa menyokong AMANAH, namun parti itu tidak boleh meluahkan rungutan mereka secara terbuka.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget