KL CHRONICLE: Padan Muka Macai @dapmalaysia Aziz Bari Gagal Jadi Ahli Majlis Ampang

Friday, January 22, 2016

Padan Muka Macai @dapmalaysia Aziz Bari Gagal Jadi Ahli Majlis Ampang



Usaha DAP menonjolkan tokoh Melayu dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor terbantut apabila calon ahli majlis kerajaan tempatan mereka, Profesor Dr Abdul Aziz Bari ditolak.

Aziz yang sepatutnya mengangkat sumpah sebagai ahli majlis Majlis Ampang Jaya (MPAJ) hari ini atas kuota DAP, mendapati namanya tidak ada dalam senarai.



Pensyarah undang-undang yang menyertai parti majoriti kaum Cina itu pada Julai tahun lalu mengesahkan perkara ini ketika dihubungi The Malaysian Insider.


"Ya betul. Saya dapati nama saya tidak ada dalam senarai apabila membuat semakan di pejabat MPAJ hari ini (Khamis) untuk membuat persiapan angkat sumpah esok," katanya.


DAP dikatakan mendapat kuota 6 ahli MPAJ dan Aziz adalah salah seorang daripadanya.

Namun, hanya 5 nama lain yang tersenarai untuk dilantik pada majlis hari ini, kecuali Aziz.

Penolakan Aziz sebagai ahli majlis dipercayai dibuat berdasarkan isu teknikal memandangkan beliau tidak tinggal di kawasan Ampang Jaya tetapi di bawah kawasan Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Namun, menurut kebiasaannya ia tidak menjadi isu kerana ia boleh diselesaikan selepas mana-mana calon mendapat satu alamat yang sesuai di kawasan berkenaan dan dijadikan tempat tinggal.

Aziz dikatakan menamakan sebuah rumah di Bukit Antarabangsa sebagai alamatnya.

DAP juga sebelum ini menyenaraikan 8 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diwakili PAS sekarang untuk dijadikan calon kerusi baharu mereka.

Ia termasuk Chempaka (yang diwakili Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Samad) dan Lembah Jaya (Khasim Abdul Aziz) di bawah Parlimen Ampang, yang terletak di bawah pentadbiran MPAJ.

DAP memutuskan Aziz sebagai salah seorang calon DUN mereka dalam pilihan raya umum akan datang dan Chempaka atau Lembah Jaya adalah antara sasarannya berikutan kerusi itu adalah kerusi campuran dan mempunyai pengundi Cina yang ramai.

Sebagai permulaan, Aziz dicalonkan menjadi ahli majlis di bawah kuota DAP dan MPAJ dipilih untuknya.

Sebelum ini, DAP dikatakan bersiap sedia dengan pelbagai kemungkinan dalam hubungannya dengan Pakatan Rakyat, dan kini Pakatan Harapan.

Antaranya ialah kemungkinan memegang jawatan menteri besar Selangor jika parti itu mempunyai ahli DUN paling ramai.

Berdasarkan syarat calon Melayu diperlukan untuk menjadi menteri besar, DAP bakal meletakkan ramai calon Melayu pada pilihan raya umum akan datang dan Aziz adalah antaranya. – 22 Januari, 2016. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget