KL CHRONICLE: @MukhrizMahathir nafi Syed Mokhtar taja persatuan bola sepak Kedah RM35 juta

Wednesday, January 13, 2016

@MukhrizMahathir nafi Syed Mokhtar taja persatuan bola sepak Kedah RM35 juta



Presiden Persatuan Bola sepak Kedah (KFA) Mukhriz Mahathir menafikan khabar angin yang viral di media sosial mengenai terdapatnya perbincangan penajaan RM35 juta daripada jutawan Bumiputera, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary, lapor akbar Sinar Harian.



Mukhriz yang juga menteri besar Kedah mengesahkan tiada sebarang pertemuan dilakukan antara KFA dengan ahli korporat berkenaan setakat ini.

“Saya pun tak pasti dari mana datang berita itu, agaknya ada pihak ‘spin’ melalui media sosial, tapi ingin saya jelaskan di sini, perkara itu tidak berbangkit kerana kita tak pernah berbincang dengan pihak beliau.

"Kisah viral itu tidak benar,” katanya seperti dilaporkan akhbar berkenaan.

Walaupun menafikan perkara tersebut, Mukhriz yakin banyak syarikat swasta berminat untuk menaja KFA.

Sementara itu, beliau berkata sokongan penyokong Kedah yang semakin meningkat termasuk kehadiran puluhan ribu ke Stadium Darul Aman pada setiap perlawanan musim lalu membuktikan pasukan itu kembali menjadi perhatian selepas muncul sebagai juara Liga Premier dan naib juara Piala Malaysia.

“Setakat ini, kita boleh memenuhkan Stadium Darul Aman setiap kali ada perlawanan di laman sendiri iaitu mencapai kehadiran penyokong sekitar 23,000 orang.

“Jadi bayangkanlah kalau ada produk yang memang sasarannya adalah penonton kita dan pihak terbabit merasakan sesuai, syarikat macam itu sangat kita alu-alukan, silalah berhubung dengan pihak kami,” katanya.

Pada masa sama, Mukhriz berkata bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini, KFA menerima sumbangan tajaan daripada kerajaan negeri dan anak syarikat kerajaan negeri, GLC serta beberapa syarikat swasta melibatkan tajaan berjumlah berbelas juta ringgit. – 13 Januari, 2016.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget