KL CHRONICLE: Langkah Proaktif SPAD dalam pelaksanaan perkhidmatan MyBAS Berhasil

Monday, January 25, 2016

Langkah Proaktif SPAD dalam pelaksanaan perkhidmatan MyBAS Berhasil


Tahniah diucapkan kepada pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang kini mengecapi kejayaan dengan program myBAS mereka. Inisiatif perkhidmatan myBAS di bawah kelolaan kerajaan (SPAD) melalui Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-henti (Stage Bus Services Transformation atau SBST) sedang dilaksanakan di Seremban secara berperingkat-peringkat bagi menawarkan perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna.


To those that are not aware, perkhidmatan myBAS ini telah bermula di Perlis pada 1 August 2015. Perkhidmatan ini dimulakan selepas SPAD menjalankan kajian serta mendapat feedback dari orang ramai tentang bagaimana cara untuk meningkatkan perkhidmatan serta operasi bas di negeri Perlis. Malah, sejak perkhidmatan myBAS ini dilaksanakan,  Sehingga kini, jumlah penumpang bas di Kangar telah meningkat daripada 9,252 penumpang ke 20,423 penumpang setiap bulan. Ini membuktikan program ini telah berjaya mencapai objektifnya di Perlis. 

Susulan daripada kejayaan program myBAS di Perlis, perkhidmatan myBAS ini telah mula diperkenalkan di Seremban, Negeri Sembilan, Perkhidmatan ini telah bermula pada 15 November 2015.  Fasa pertama ini telah mencatatkan peningkatan penumpang sebanyak 30% iaitu dari 20,761 kepada 27,257 penumpang setiap minggu, Ini sekali lagi membuktikan bahawa perkhidmatan myBAS dibawah inisiatif SPAD mendapat sambutan penduduk Seremban. 

Bagi kami di #KLChronicle, kejayaan myBAS di Seremban dan Kangar membuktikan bahawa terdapat cara yang murah serta kos efektif untuk meningkatkan penggunaan perkhidmatan awam darat oleh rakyat tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar. Ini telah dibuktikan oleh usaha SPAD dalam perlaksanaan perkhidmatan myBAS di kedua - dua negeri tersebut. 

Malah, lebih penting adalah interaksi antara SPAD dan rakyat dimana rakyat digalakkan memberikan feedback atau maklum balas dan segala feedback ini dinilai oleh SPAD. Kemudian SPAD mengambil langkah yang sewajarnya untuk memperbaiki mutu perkhidmatan pengangkutan awam darat hasil feedback dari orang ramai. Bagi kami, ini menunjukkan satu partnership yang sangat bagus antara rakyat dan agensi kerajaan. 

Interaksi sebegini wajar dicontohi oleh agensi kerajaan yang lain kerana daripada mengunakan perkhidmatan consultant yang mahal, adalah lebih baik menggunakan khidmat rakyat biasa kerana mereka adalah "user" and they know what they want. Pesanan untuk SPAD, keep up the good work dan teruskan interaksi dengan rakyat kerana hasilnya amat memuaskan. 

#Kipidap

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget