KL CHRONICLE: Kini #PAS larang ahli akar umbi hadir program @Amanah_PAN , @dapmalaysia

Sunday, January 10, 2016

Kini #PAS larang ahli akar umbi hadir program @Amanah_PAN , @dapmalaysia

Pakatan Harapan diketuai oleh @dapmalaysia
PAS mengarahkan semua ahlinya agar tidak terlibat dengan sebarang aktiviti anjuran Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP yang dianggap sebagai musuh utama mereka.



Bagaimanapun, sekiranya ahli PAS yang ingin menyertai aktiviti politik selain anjuran kedua-dua parti politik itu boleh berbuat demikian dengan mendapat kebenaran Jawatankuasa Pusat.

Perkara ini dimaklumkan melalui satu pekeliling yang ditandatangani Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyudin Hassan berdasarkan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pusat pada 8 Januari lalu.

"Ahli-ahli PAS dilarang mengambil bahagian, melibatkan diri, bekerjasama atau menyertai sebarang program atau aktiviti Amanah dan DAP di semua peringkat.

"Ahli-ahli PAS perlu mendapat kebenaran Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sebelum menghadiri sebarang jemputan program/aktiviti politik dan seumpamanya dari mana-mana parti politik lain (selain dari Amanah dan DAP yang dilarang terus sebagaimana (i) di atas," tulis pekeliling yang dikeluarkan PAS, bertarikh 9 Januari.

Pekeliling itu ditujukan kepada setiausaha perhubungan PAS negeri dan Wilayah Persekutuan dan dewan-dewan peringkat pusat untuk disampaikan kepada ahli di peringkat bawah.

Pekeliling itu dibuat tidak berapa lama selepas bekas naib presiden PAS yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor Husam Musa menyertai majlis Amanah dan DAP baru-baru ini. 

Husam menyertai dan berucap di Majlis Makan Malam Amanah Kelantan pada 1 Januari di Petaling Jaya dan menyertai majlis DAP di Johor pada malam esoknya. Pada majlis tersebut Husam Musa telah memperli tindakan Presiden PAS bersama UMNO bagi mewujudkan satu kerjasama antara orang Islam di negara ini. 

Berdasarkan arahan itu, ahli dan pemimpin PAS boleh menyertai program mana-mana parti politik, termasuk Umno dengan syarat mendapat persetujuan parti, tetapi tidak boleh sama sekali menyertai program anjuran Amanah dan DAP. – 10 Januari, 2015.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget