KL CHRONICLE: Kini MITI Bidas Dakwaan Dr. Mahathir

Tuesday, January 5, 2016

Kini MITI Bidas Dakwaan Dr. Mahathir



Penarikan diri daripada Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) tidak akan memufliskan kerajaan Malaysia, kata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti).



Dalam satu kenyataan hari ini, Miti berkata, kerajaan boleh disaman kerana melanggar Bab Pelaburan TPPA dan jika pelanggaran itu terbukti, pampasan mungkin perlu dibayar.

"Bagaimanapun, penarikan diri daripada TPPA tidak bermakna pelanggaran TPPA," katanya.


Menurut kementerian itu, di bawah Perkara 30.6, mana-mana pihak boleh menarik diri daripada perjanjian TPPA dengan memberikan notis bertulis mengenai penarikan diri itu kepada pemegang deposit.

"Oleh kerana penarikan diri daripada TPPA dibenarkan, penarikan diri itu adalah satu eksesais ke atas hak kita dan bukan pelanggaran perjanjian," kata Miti.

Kementerian itu menjawab artikel mengenai TPPA oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blognya bertarikh 31 Disember 2015, bertajuk "Penarikan diri daripada TPPA akan menjadikan Malaysia muflis".

Miti berkata, pelabur asing boleh menyeret kerajaan kepada Penyelesaian Pertikaian Pelabur-Negara bagi pelanggaran sebarang obligasi di bawah bab pelaburan TPPA.

"Bagaimanapun, jika Malaysia menandatangani TPPA, tetapi kemudiannya memutuskan menarik diri, perlindungan di bawah Bab Pelaburan tidak boleh diaplikasi kepada pelabur asing.

"Oleh itu, tindakan menarik diri tidak akan menyebabkan Malaysia disaman oleh syarikat asing," katanya. – Bernama, 5 Januari, 2016.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget