KL CHRONICLE: Kerajaan #Selangor tiada masa layan AMANAH, Kata @dapmalaysia

Thursday, January 7, 2016

Kerajaan #Selangor tiada masa layan AMANAH, Kata @dapmalaysia



Kerajaan negeri Selangor tidak mempunyai masa untuk melayan karenah Parti Amanah Negara (AMANAH) yang tidak berpuas hati dengan agihan kerusi untuk ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT), kata ahli exco kanan, Datuk Teng Chang Khim.


Menurutnya, kerajaan negeri tidak akan terjejas jika AMANAH enggan menerima lapan kerusi majlis tempatan yang diperuntukkan itu.

"Kerajaan negeri tidak kisah kalau AMANAH tidak mahu terima tawaran lapan kerusi PBT berkenaan. Kita akan serahkan semula kepada PKR, PAS dan DAP untuk uruskan seperti sebelumnya.

"Kita tidak ada masa untuk layan semua ini. Lagipun tak nak timbul gangguan tugas harian peringkat PBT, buat masa ini terima lah dahulu lapan kerusi itu tapi kita harap Amanah dapat berikan kerjasama yang baik bagi meneruskan kelangsungan Pakatan Harapan," kata Teng yang dipetik Sinar Harian hari ini.

Bidasan Teng itu dibuat ketika Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata Pakatan Harapan tidak harus membawa pertikaian kepada umum.

AMANAH semalam diperuntukkan lapan kerusi majlis tempatan, tetapi pengerusi AMANAH Selangor, Izham Hashim dipetik sebagai berkata bahawa mereka belum memutuskan sama ada untuk menerimanya.

Parti itu pada asalnya meminta 24 daripada 288 kerusi majlis-majlis tempatan di Selangor.

"Bersyukurlah daripada kosong dapat juga lapan kerusi untuk ahli majlis AMANAH,” kata Teng yang dipetik Sinar lagi.

Exco Pelaburan Perindustrian (IKS) dan Perdagangan dan Pengangkutan bagaimanapun mempertahankan AMANAH daripada bidasan Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman, yang berkata mereka tidak akan mengiktiraf parti serpihan itu.

"Itu (PAS) hanya cakap emosi kononnya tidak mahu mengiktiraf ahli majlis AMANAH. Pengiktirafan ahli majlis datang daripada undang- undang kerana kerajaan negeri lebih berkuasa," katanya.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget